Berusia 85 tahun tapi masih kuat bekerja setiap hari demi menyara anaknya 61 tahun yang kurang upaya. Setiap awal pagi Nguyen Thi Ro akan bangun dan mengutip kerang dan kupang untuk dijual di pasar.
Untuk mendapatkan lebih banyak kerang dan kupang, Nguyen terpaksa berada di persisir pantai selama berjam-jam. Bayangkan apa yang akan berlaku pada tubuh dan kulit Nguyen. Pedih dan gatal-gatal. Namun itu perkara biasa buat wanita ini, kerana hanya cara ini sahaja yang Nguyen boleh buat demi menyara anaknya setelah kematian suaminya semasa dia berumur 70 tahun.
Nguyen dan suaminya mengambil seorang anak angkat kerana dia tidak boleh mengandung. Namun mereka tidak menyangka yang anak perempuan itu mengalami masalah gangguan mental. Selepas mendapatkan pemeriksaan doktor, mereka diberitahu yang anak angkatnya tidak akan mampu untuk menjaga dan menguruskan diri sendiri.
Walaupun anak angkatnya tidak normal seperti kanak-kanak lain, Nguyen dan suaminya tidak berputus asa malah berazam untuk terus menjaganya. Ditakdirkan suami Nguyen terlebih dahulu meninggalkan mereka.
Kini tinggal Nguyen bersendirian menjaga anak angkatnya. Hebat walaupun sudah berusia 85 tahun tetapi masih kuat berusaha demi menyara hidupnya dan juga anak angkatnya.
Penduduk kampung yang bersimpati dengan nasib Nguyen, mereka selalu membantunya dengan membeli kerang dan kupang agar Nguyen dapat pulang awal dan seterusnya boleh berehat.
Kesemua duit hasil dari jualan kerang dan kupang Nguyen gunakan untuk rawatan dan ubat-ubatan anaknya walaupun dia juga perlukan beberapa rawatan untuk merawat kulitnya kesan dari berendam berjam-jam mencari kerang dan juga kupang.
Hidup yang dilaluinya mungkin payah dan perit, namun Nguyen tidak boleh berhenti dan perlu terus optimistik dan ceria demi anak kesayangannya
.
Resource : cocomy.net & en.goodtimes.my
kak pip tak skip sarapan.memang susah nak skip saraoan.
thanks for sharing. dpt la check naik turun harga di shopee.
betullah erk .. kena timbang... huhuh .. wpun emas tu tak adalah byk mana tapi nak kena tgk juga