Kisahnya berlaku hampir setahun yang lalu, dimana ketika itu Shayna dan suaminya dikejutkan dengan bunyi ketukkan pintu. Ketukan yang bakal mengubah hidup beliau dan juga suaminya. Bila mereka buka sahaja pintu, mereka dapati jiran mereka menyerahkan sesuatu.
Pada padangan mata mereka, mereka nampak ada seekor makhluk kecil yang menyerupai seperti seekor tikus. Bila mereka amati betul-betul, mereka hampir tidak percaya ianya adalah anak kucing yang baru lahir! dan ianya anak kucing paling kecil pernah mereka lihat!
Anak kucing tersebut kematian ibunya dan ia merupakan satu-satunya yang tinggal. Tiada yang lain. Jiran Shayna menyerahkan anak kucing itu kepadanya kerana mereka tahu yang Shayna dan suami amat suka pada haiwan, dan akan buat apa sahaja untuk memelihara anak kucing kecil yang malang itu.
Lantas dengan segera Shayna membawa anak kucing itu masuk ke dalam rumah untuk memastikan yang ia selamat dan tidak kesejukkan. Mereka memberikan nama Lilu.



Setelah lebih kurang seminggu, tiada perubahan pada berat badan. Berat Lilu tidak bertambah, Shayna dan suaminya membawa Lilu berjumpa doktor veterinar untuk memeriksa keadaannya, memandangkan mereka tidak tahu akan asal usul Lilu.
Pada minggu kedua, badan Lilu masih tidak membesar namun ia dilihat bertambah kuat. Lebih energetic dan sudah mula belajar berjalan.
kak pip tak skip sarapan.memang susah nak skip saraoan.
thanks for sharing. dpt la check naik turun harga di shopee.
betullah erk .. kena timbang... huhuh .. wpun emas tu tak adalah byk mana tapi nak kena tgk juga