6 Cara Untuk Bangun Pagi Segar Dan Bertenaga

Share

6 Cara Untuk Bangun Pagi Segar Dan Bertenaga

Ramai di antara kita mempunyai masalah ini iaitu sukar untuk bangun pagi segar dan bertenaga. Jangan risau. Ia merupakan perkara biasa dan hampir semua orang melaluinya. Namun begitu, ia bukanlah perkara yang baik dan harus dibiarkan.

Permulaan hari anda seharusnya penuh bertenaga dan segar supaya apa yang anda rancang untuk lakukan pada setiap hari dapat dijalankan dengan jayanya. Bagi anda yang bekerja, bayangkan jika anda dapat bangun pagi dalam keadaan segar dan bertenaga, apa perasaan anda?

Pastinya anda akan lebih bermotivasi untuk bekerja dan memberikan yang terbaik dalam setiap kerja anda. Itulah apa yang diimpikan oleh semua orang.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa cara untuk bangun pagi segar dan bertenaga. Kalau anda sekadar baca dan tidak mengambil sebarang tindakan, cara yang kami kongsikan ini tidak akan memberikan sebarang manfaat buat anda.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah baca dan bertindak!

1 . Tidur awal dan dapatkan tidur yang mencukupi.

Bagi orang dewasa, tidur sekitar 6-7 jam sudah mencukupi buat anda. Namun, jika anda merupakan seorang yang gemar untuk berjaga malam dan anda perlu untuk bangun awal keesokan harinya untuk bekerja, anda memang tidak akan mendapat tidur yang mencukupi

Jadi, anda perlu tidur lebih awal supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan tidur yang mencukupi.

Anda telah penat seharian bekerja dan anda tidak memberikan badan anda masa untuk rehat dengan secukupnya maka keletihan anda akan dibawa untuk keesokan harinya dan akan menjadi semakin letih saban hari.

2. Terus bangun dari katil.

Ramai yang apabila telah terjaga dari tidur, akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 10 minit lagi untuk baring-baring sambil membelek telefon bimbit.

Sebenarnya, lebih lama anda buang masa anda dengan berbaring di katil selepas anda bangun tidur, anda akan mengakibatkan badan anda dan juga fikiran anda berasa lebih malas sekaligus memberikan kesan kepada mentaliti anda. Terjaga? 

Terus bangun dari katil dan mandi.

3 . Dapatkan minuman berkafein.

Tenaga tidak akan datang terus kepada anda. Jadi, apa salahnya sekiranya anda mendapatkan sedikit kafein pada waktu pagi kerana ia mampu untuk memberikan anda lebih tenaga. 

Ia juga mampu untuk menghilangkan rasa mengantuk dan memberikan anda daya tumpuan yang lebih baik. 

Minum pada kadar yang sepatutnya dan jangan mengambil kafein berlebihan. Cukup untuk mengelakkan anda dari memikirkan untuk kembali ke katil anda.

4 . Jangan skip sarapan.

Ramai yang suka mengatakan mereka tidak berasa lapar pada waktu pagi dan tidak memerlukan sarapan. Ketika anda tidur, badan anda akan memasuki mode berlapar dan walaupun anda tidak mempunyai selera untuk makanan, ia tidak bermaksud badan anda juga tidak perlukan tenaga. 

Makan apa-apa yang mampu memberikan anda tenaga segera. Dengan cara ini, anda akan menjadi lebih bersemangat dan bertenaga untuk mulakan hari anda.

5 . Atasi keletihan dengan senaman.

Apabila anda bangun dari tidur, badan anda pastinya berasa letih dan anda rasakan penyelesaian terbaik adalah meluangkan sedikit masa lagi untuk tidur. 

Sebenarnya, jika anda melakukan senaman, badan anda akan merasa lebih bertenaga kerana dengan menggerakkan badan anda, anda akan membuatkkannya lebih aktif serta mampu menghasilkan endorphin yang akan meletakkan anda dalam mood yang lebih baik.

6. Mengambil kurma ajwa

Pengambilan kurma ajwa juga mampu membekalkan badan anda dengan khasiat yang diperlukan untuk kekal aktif. Amalkan sekurang-kurangnya 3 biji pagi setiap hari. 

Antara khasiat lain kurma ajwa ialah:

  • Sebagai sumber tenaga yang efektif dimana ianya dapat memulihkan tenaga dengan cepat.
  • Merupakan sumber antioksidan yang sangat baik dan dapat melindungi tubuh dari radikal bebas yang menyebabkan kanser. 
  • Kandungan zat besi yang tinggi baik untuk pembentukkan hemoglobin didalam sel darah merah dan seterusnya dapat membantu masalah kurang darah (anemia)
  • Kaya dengan kandungan kalium yang berfungsi untuk menjaga kesihatan jantung dan pembuluh darah, dapat menstabilkan denyut jantung, mengaktifkan kontraksi otot-otot jantung dan mengatur tekanan darah.
  • Kandungan kalium yang tinggi juga membantu melancarkan peredaran oksigen ke otak dan menseimbangkan cairan tubuh; mencergaskan minda dan tubuh badan.
  • Kandungan serat yang tinggi dapat melegakan usus dan melancarkan pembuangan air besar. 

Sekian sahaja untuk artikel kali ini berkaitan 6 cara untuk bangun pagi segar dan bertenaga. Diharapkan banyak yang anda perolehi menerusi perkongsian didalam artikel kali ini.