Beli Bulb Lampu H1 Di Kedai Alat Ganti Lebih Murah Berbanding Beli Di Kedai Accessories

Head Lamp Bulb H1 Satria Neo

Lampu headlight Satria Neo selalu sangat terbakar. Pakai la yang mahal sekali pun sama je. Paling mahal pernah tukar sebiji H1 harga RM99.00 kat kedai accessori warranty 6 bulan. Lepas 6 bulan dah terbakar. Bulb Lampu H1 Di Kedai Alat Ganti Lebih Murah Berbanding Beli Di Kedai Accessories.

Beli kali kedua, kedai accessori lain harga sebiji RM38.00 no warranty. Tak sampai setahun terbakar jugak. Member recommend try beli di kedai spare part. Ada satu kedai spare part kat Ukay Perdana, harga sebiji H1 bulb RM9.00 je.. yang mahal sikit RM12.00.

Sampai sekarang lampu ok.. dah nak dekat 2 tahun dan guna.. tak terbakar kerap macam sebelum ni.