Jangan Beri Duit Pada Pengemis Kanak-Kanak

Share

Jika kita menyayangi atau menghasihani mereka ini jalan beri duit kepada mereka. Mereka merupakan mangsa kepada sindiket pengemis di negara ini. Modus menggunakan kanak-kanak kerana orang ramai akan lebih menghasihani mereka kerana mereka masih kecil.

Jangan Beri Duit Pada Penggemis Kanak-Kanak Jika Sayangkan Mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, ini kerana kementeriannya mempunyai pendirian ‘tiada belas ihsan’ terhadap sindiket yang menggunakan kanak-kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga mengadakan program Bijak Membantu Tidak Tertipu bagi mengelakkan masyarakat daripada ditipu.

“Jika kita lihat, kanak-kanak digunakan untuk mengemis tidak kira di restoran, jalan raya mahu pun di depan rumah ibadat, jangan sesekali beri duit kepada mereka.

Sebaiknya kita terus mengubungi talian 15999 dan JKM akan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.