Lagu Empat Dara 2020 – Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana Trending

Lagu Empat Dara

Lagu Empat dara 2020 – Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana Muzik Video Rasmi upload pada 11 November 2020 terus jadi trending nombor 1 di Youtube harini. Serius syok dengar lagu empat dara 2020 versi dari Faizal Tahir ni. Gabungan tiga artis masing-masing dengan berlainan karekter suara jadikan musik video lagu empat dara 2020 ni trending.

Apa yang menariknya lagi semuanya konsep green screen. Almaklumlah musim covid ni, mana boleh nak shooting muzik video kat luar kan? hahaha.. jom tonton. Memang kelakar musik video empat dara 2020 ni. Kak Lina pom pom (Elly Mazlein) trendingkan Empat Dara Challenge semasa Drama Kampung People disiarkan di tv, tak sangka Faizal Tahir buat lagu ni jadi lebih mantap!

Lirik Lagu Empat Dara 2020 – Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Satu,dua,tiga
Empat anak dara
Semua orang tahu aku boleh mengira
Tapi kalau hilang satu anak dara
Bikin risau satu negara

Semua anak dara
Jangan mudah percaya janji si teruna
Jangan mudah terpedaya dengan dunia
Hanya ilusi semata

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Satu dua tiga empat,
Empat dara tunggu Jebat,
Mana teruna cuba dekat,
Itu yang tak kenal tempat tolong halang mohon sekat,

Empat tiga dua satu,
Macam hitam merah jambu
Pilih bias mana satu
Lain rezeki lain laku lain pinggan lain waktu

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Anak dara semua
Cantik melaram batik
Lembut berbahasa
Indah rupa budi
Bagai bulan dipagar bintang

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Masa tang part kredit memang lawak. Korang kena tonton untuk baca part kredit. Terbaik lah

Lirik Asal Lagu Empat Dara Versi Noraniza Idris

Empat dara duduk di tepi sungai,
Duduk menjerat si ketam la batu. (2x)
Manis rupa hai elok perangai,
Sukar di pilih yg mana lah satu, (2x)
Empat dara berpakaian sendondon,
Berbaju putih berkain lah biru. (2x)
Pandai mengarang seloka dan pantun,
Hitam manis hai pndg lah tak jemu. (2x)
Empat dara hai dengan lah lagaknya,
Bersiar-siar sekeliling kota,
Sekali pandang senyuman manisnya,
Tak mugkin lupa sepanjang lah masa.