Mati Setem Hasil Secara Online Tidak Perlu Ke Kaunter
Tahun ni masuk tahun kedua dapat tawaran personal MyStep. Setiap kali sambung setiap kali itulah perlu mati setem hasil. Tahun lepas masih boleh ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk penyeteman namun pada tahun ini, pada hari ini gigihla aku ke LHDN di Cyberjaya untuk mematikan setem. Sampai-sampai je, staff LHDN maklum, untuk matikan setem boleh dilakukan secara online. Perkhidmatan mati setem hasil secara online ini sudah bermula sepenuhnya secara online pada 27 April 2022.
Apa yang pasti perkhidmatan penyeteman secara online ini tidak lagi perlu beratur panjang ambil nombor semata untuk mematikan setem di kaunter. Semuanya mudah dah sekarang, yang penting kita perlu daftar dahulu jika belum pernah menggunakan penyeteman secara online ini.
Table of Contents
Permohonan, Bayaran Penyeteman Dokumen Menerusi STAMPS Mulai 27 April 2022
KUALA LUMPUR – Permohonan serta bayaran penyeteman perjanjian dokumen individu boleh dikemukakan secara dalam talian sepenuhnya menerusi portal Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) bermula 27 April 2022.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai nombor cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran akaun atau ID pengguna di portal berkenaan termasuk permohonan taksiran dan bayaran duti setem di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem.
“Sijil setem perlu dimuat turun dan dicetak setelah bayaran berjaya dilakukan untuk dikepilkan kepada perjanjian asal sebagai bukti duti setem telah dibayar,” menurut kenyataan itu.
Menurut LHDN, bagi mereka yang tidak mempunyai nombor cukai pendapatan serta individu selain warganegara dan bukan penduduk tetap, perlu hadir ke mana-mana kaunter duti setem setelah mengisi maklumat penyeteman di portal STAMPS di bawah pilihan ‘Penyeteman Dokumen Peribadi Di Kaunter’. – Bernama
Daftar Pengguna Baru Individu
Sebelum memulakan penyeteman secara online, sila daftar dahulu jika sebelum ini belum pernah mati setem hasil secara online.
atau klik di pautan ini https://stamps.hasil.gov.my/stamps/register/individu
Kemudian klik “Semak” lepastu ikutlah arahan isi segala detail yang di perlukan dalam borang Daftar Pengguna Individu Baharu sehingga dapat notifikasi di email untuk pengaktifan akaun. Klik pada pautan di email tu untuk aktifkan akaun.
Selesai bab daftar sebagai pengguna baru.
Cara Mati Setem Hasil Secara Online Untuk Kontrak Personal MyStep
Mula-mula log masuk (pastikan sudah daftar sebagai pengguna baru). Masukkan no. kad pengenalan diri dan juga kata laluan.
Bila dah log masuk klik pada bahagian atas ‘Borang Permohonan’ kemudian pilih ‘Penyeteman’
- Penyeteman Am – Perjanjian Am, Akuan Berkanun, Perkongsian, Employment Contract.
- Sewa / Pajakan – Perjanjian Sewa Bilik, Rumah, Pejabat, Kilang, Tanah Kosong, Harta Tak Alih / Perjanjian Pajakan Tanah
- Sekuriti – Perjanjian Kontrak / Perkhidmatan / Servis / Perjanjian Pinjaman / Lesen / Hire Purchase / Bank Guarantee / Bond / Sewa Peralatan / Sewa Mesin / Sewa Harta Alih.
- Maklumat Am tu pilih ‘Penyeteman Am‘
- Pejabat Setem pilih yang terdekat dengan kita.
- Tarikh Perjanjian tu letak tarik Kontrak yang kita tandatangan bila.
Kemudian klik seterusnya
Bahagian Maklumat Am
- Pejabat Setem pilih yang terdekat dengan kita.
- Nama Perjanjian contoh “Kontrak Personal Mystep” yang tertera pada kontrak.
- Pilih ‘Prinsipal’
Bahagian A
- Maklumat Pihak Pertama pilih Syarikat / Agensi Tidak Berdaftar Dengan SSM (kerajaan) – Isi segala maklumat yang di perlukan pada borang, nanti ada button ‘Tiada’ klik kat situ.
- Maklumat Pihak Kedua, klik pada individu. Nanti klik je ada satu button atas sekali tu (rujuk gambar rajah bawah, nanti dia terus selarikan maklumat kita.
Bahagian B
- Masukkan tarikh perjanjian seperti tarikh di kontak asal.
- Bayaran / Balasan letak RM20.00
- Maklumat Perjanjian letak “Kontrak Personal MyStep”
- Bilangan salinan pilih 1
Bahagian Lampiran
- Scan dahulu kontak asal jadikan file .pdf kemudian upload kontrak tersebut pada Jenis Dokumen yang pertama.
Bahagian Perakuan
Terus klik tanda pada bawah sekali kemudian klik hantar untuk proses pembayaran secara online. Lepas pembayaran sila cetak sijil tersebut untuk simpanan. Perlu diingatkan! proses cetak ini hanya boleh klik sekali sahaja. Jadi bila dah klik untuk cetak sila save sekali sebagai softcopy.
Mati Setem Hasil Secara Online Untuk Kontrak Personal MyStep
Cara yang ditunjukkan kat sini bukan sahaja untuk penyeteman Kontrak MyStep tapi turut boleh apply untuk kontrak-kontrak perjanjian lain. Ini cuma guidelines bagi mereka yang blur bagaimana nak daftar penyeteman secara online. Harap apa yang di paparkan kat sini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna baru sistem penyeteman secara online ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi HASiL Care Line di talian 03-8911 1000 atau layari laman sesawang LHDN Malaysia untuk maklumat lanjut.
Saya ada mi Box siri S, takat ini ok lah. 5-7 tahun kot. Remote je beli baru.
wa'alaikumsalam.. yg download dalam sistem tu pun boleh.. sy haritu bg pdf je..
SALAM NAK TANYA , KALAU SIJIL SSM TU KENA BAWA YANG ORIGINAL OR BOLEH BAWA YG KITA DOWNLOAD SISTEM SSM…