Al-Hujurat Ruang Selamat: Surah yang Mengajar Kita Menjaga Karakter dan Akhlak

Pendahuluan Al-Hujurat Ruang Selamat Untuk Setiap Orang

Ada satu surah dalam al-Quran yang sangat penting untuk kita renungi dengan faham dengan mendalam namun surah ini agak kurang popular iaitu surah Al-Hujurat. Surah ini bercerita tentang ruang selamat yang tercipta untuk setiap orang, membina karakter, dan akhlak.

Surah Al Hujurat

Al-Hujurat (الحُجُرَات) atau al-Hujrat (الحُجْرَات) adalah bentuk jama’ daripada perkataan al-Hujrah (الحُجْرَة), yang ertinya sebidang tanah yang dibatasi. Sedangkan maksud di sini ialah bilik-bilik isteri-isteri Nabi SAW. Mereka ada sembilan orang yang masing-masing mempunyai bilik sendiri, dibuat daripada pelepah tamar yang mana pada pintu masing-masing ditutup dengan selembar kain daripada bulu hitam. Bilik-bilik itu tidak tinggi dan dapat disentuh atapnya dengan tangan. (Rujuk: PEJABAT MUFTI WILAWAH PERSEKUTUAN).

Bilik Nabi merupakan salah satu contoh, kerana Nabi Muhammad SAW memiliki ramai isteri. Kefahaman ini adalah secara konteks, tetapi dalam isi, surah ini bercerita tentang bagaimana kita ingin berhadapan dan berinteraksi dengan manusia.

Hujurat bermaksud ruang selamat, di mana kita merasa aman, selamat dan mempunyai ruang untuk diri sendiri. Surah ini mengajar kita untuk membina karakter dan akhlak yang baik dalam masa yang sama turut menjaga ruang selamat orang lain.

Hormat dan Menghargai Privasi Orang Lain

Dalam surah Al-Hujurat, Allah SWT mengingatkan kita untuk berhati-hati dalam menyebarkan berita tentang orang lain.

Al-Hujurat Ruang Selamat - Menjaga Hak Privasi Orang Lain

Allah berfirman, “Jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, maka telitilah berita itu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu tersebut.” Surah Al-Hujurat ayat 6.

Dalam ayat ini, Allah mengingatkan kita agar berhati-hati dan memeriksa kebenaran berita sebelum menyebarkannya.

Ini adalah apabila ada orang yang fasiq  datang bawa maklumat. Iaitu jenis yang dengar sahaja dan dia sampaikan tanpa memastikan berita itu benar atau tidak. Ini adalah sifat munafik. Dan ia berlawanan dengan syariat agama. Kerana tidak boleh sampaikan berita tersebut kecuali benda itu pasti benar.

Al-Hujurat Ruang Selamat: Surah yang Mengajar Kita Menjaga Karakter dan Akhlak

Setiap berita yang datang padamu berkaitan dengan privasi seseorang, ianya turut berkaitan rapat dengan kehormatan dan martabat seseorang. Janganlah kita dengan mudahnya bercerita perihal orang lain, sehingga menjatuhkan maruah dan memfitnah mereka. Privasi seseorang merupakan ruang selamat bagi dirinya, dan kita harus menghormati dan menjaga ruang selamat tersebut.

Tidak Merendahkan Orang Lain

Surah Al-Hujurat juga mengajarkan kita untuk tidak merendahkan orang lain.

Al-Hujurat ayat 11 - Tidak Merendahkan Orang Lain

Allah SWT berfirman, “Janganlah kamu mengolok-olokkan orang lain, mungkin orang yang kamu olok-olokkan itu lebih baik daripada kamu.” Surah Al-Hujurat ayat 11.

Kita tidak boleh merendahkan seseorang berdasarkan pilihan pakaian mereka atau penampilan mereka.

WhatsApp Image 2023 12 26 at 11.26.20 1

Walaupun mungkin kita tidak bersetuju atau tidak senang dengan seseorang itu, terdapat cara yang lebih baik untuk menyampaikan teguran tanpa perlu merendahkan atau menilai mereka berdasarkan penampilan mereka.

Dalam surah yang sama, Allah mengajarkan kita untuk tidak sewenang-wenangnya melabel dan memfitnah orang lain. Di zaman sekarang, terlalu banyak dan dengan mudahnya meruntuhkan atau memutuskan hubungan silaturrahim seseorang dengan orang lain.

Al-Hujurat Ruang Selamat: Surah yang Mengajar Kita Menjaga Karakter dan Akhlak

Surah ini turut menegaskan kita untuk tidak menceroboh masuk ke dalam ruang orang dan mengintip kehidupan mereka. Kita harus berhati-hati agar tidak mengungkapkan rahsia seseorang tanpa menyedarinya. Kita tidak tahu situasi dan keadaan sebenar mereka.

Al-Hujurat Ruang Selamat dan Membina Karakter

Surah Al-Hujurat mengajarkan kita agar menjadi atau mencipta ruang selamat bagi orang lain. Kita harus belajar untuk menghormati ruang orang lain dan tidak mencipta perasaan yang tidak selamat di sekitarnya.

Al-Hujurat Ruang Selamat: Surah yang Mengajar Kita Menjaga Karakter dan Akhlak

Kadang-kadang, kita tergoda dan berasa ghairah untuk bercerita tentang seseorang yang kita sendiri tidak mengetahui hujung pangkal mengenai masalah mereka. Suka memberi ulasan atas perkara yang kita tidak ketahui kebenarannya. Ini menimbulkan ruang yang tidak selamat untuk orang lain.

Kita harus berusaha menjadi orang yang boleh dipercayai dan tidak menyebarkan berita buruk tentang orang lain. Sebagai orang yang beriman, kita harus menjadi ruang selamat bagi orang lain.

Kesimpulan

Surah al-Hujurat adalah surah ke 49 daripada 114 surah di dalam al-Quran. Surah al-Hujurat memiliki 18 ayat. Merupakan surah Madaniyyah yang mengandungi manhaj pembentukan dan penyusunan umat beradab. Surah ini mengajar umat Islam tentang tatacara kehidupan yang sepatutnya ada di dalam masyarakat Islam. Mengajar kita bagaimana untuk menghormati orang lain.

Surah Al-Hujurat juga mengajarkan kita untuk menjaga karakter dan akhlak yang baik, mengingatkan kita untuk menghormati privasi orang lain, tidak merendahkan mereka, tidak melabel dan memfitnah orang lain, serta menjaga ruang selamat orang lain.

Dengan melaksanakan ajaran dalam surah ini, kita dapat membina hubungan yang harmoni dan saling menghormati dengan orang lain.

Walaupun surah ini hanya mengandungi 18 ayat, namun pengajarannya sangat padat dan padu dalam membentuk kehidupan kita sebagai seorang muslim yang benar-benar beriman dan berakhlak Islam. Semoga kita dapat mengamalkan ajaran surah Al-Hujurat dalam kehidupan sehari-hari kita.

Sumber