Jom Baca Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Share

Marilah bersama-sama membaca doa qunut nazilah, kita terus bersatu hati berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT memberikan kesejahteraan dan keamanan buat rakyat Gaza di Palestin.

Jom Baca Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Ya Allah! Kami memohon pertolongan dan keampunan-Mu, kami memuji-Mu dan tidak sesekali mengkufuri-Mu dan kami beriman kepada-Mu, kami menjauhkan dan meninggalkan mereka yang menderhakai-Mu

Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Ya Allah! Hanya kepada-Mu kami sembah. Kepada-Mu kami bersolat dan bersujud. Kepada-Mu kami bersegera menuju dan melangkah. Kami mengharapkan rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu. Sesungguhnya azab-Mu adalah untuk mereka yang mengkufuri-Mu.

Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Ya Allah! Azablah orang kafir dan letakkanlah ketakutan dalam hati-hati mereka, selisihkanlah antara kalangan mereka, dan turunkanlah ke atas mereka seksaan serta azab-Mu,

Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Ya Allah! Azablah musuh-musuh-Mu iaitu mereka yang menghalang jalan-Mu serta mendustakan para Rasul-Mu dan membunuh para auliya-Mu.

Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan kaum Muslimin, hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrikin,
hancurkanlah musuh-musuh-Mu yang merupakan musuh-musuh agama-Mu. Ya Allah! Binasakanlah orang kafir, golongan taghut dan orang yang zalim.

Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Ya Allah! Kami jadikan Engkau di hadapan musuh-musuh kami, kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Ya Allah! Cerai-beraikan pakatan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, leburkan pendirian mereka, goncangkan kedudukan mereka dan cengkamkan mereka dengan anjing-anjing-Mu.

Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Wahai Tuhan yang Maha Gagah! Wahai Tuhan yang Maha Perkasa! Wahai Tuhan yang Maha Membalas! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!

Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Wahai Tuhan yang Menurunkan kitab, Yang Menggerakkan awan dan Yang Menewaskan bala tentera Ahzab! Kalahkanlah mereka dan menangkanlah kami ke atas mereka

Doa Qunut Nazilah Bebaskan Palestin

Ya Allah! Selamatkanlah mereka yang lemah dan dizalimi di Gaza. Ya Allah! Bantulah mereka,

QUNUT NAZILAH 11

Ya Allah! Keraskanlah azab-Mu ke atas rejim zionis serta sesiapa yang menyokong dan membantu mereka, Ya Allah! Laknatlah mereka, Ya Allah! Jadikanlah ke atas mereka azab yang berbentuk kemarau panjang sepertimana kemarau pada zaman Nabi Yusuf AS.

QUNUT NAZILAH 12

Ya Allah! Bantulah saudara-saudara se Islam kami dan sekalian Mujahidin di bumi Palestin, di bandar Gaza juga di setiap tempat dan zaman.

QUNUT NAZILAH 13 1

Wahai Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha Kekal Mentadbir sekalian makhluk-Nya, yang Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Sumber: