Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1446H bersamaan 1 Muharram 1446H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

Doa Akhir Tahun Hijrah

DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah yang menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

DOA AWAL TAHUN HIJRAH 2

Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya,

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap Engkau menerimanya, dan janganlah hampakan harapan kami kepada-Mu.

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka. Allah yang menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Doa Awal Tahun Hijrah

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah yang menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya.

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Amin ya Rabbal ‘alamin

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka. Allah yang menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Hijrah (1446H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024 (Sabtu).

Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 7 Julai 2024 (Ahad) bersamaan 1 Muharram 1446H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

Masuknya waktu solat Maghrib bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah pada jam 7.30 malam. Boleh rujuk di Portal e-solat https://www.e-solat.gov.my/

Salam Ma’al Hijrah 1446H