Pindah rumah merupakan pengalaman yang sungguh memenatkan. Jika proses pindah rumah ini tidak dirancang dengan baik, korang mungkin boleh jadi stress. Walau bagaimanapun korang boleh mengurangkan atau meninimalkan level stress secara tidak langsung proses pindah rumah akan berjalan lancar dengan mengikuti beberapa tips ini.
Isi Kandungan
Sebelum Pindah
Merancang Proses Pindah Rumah
- Rancang bila nak pindah ke rumah baru, dan bila tarikh terakhir untuk mengosongkan rumah lama. Ini bertujuan untuk korang boleh merancang masa bila waktu yang sesuai untuk pindah, jika terdapat cuti umum seperti hari raya korang dah boleh rancang bila waktu yang terbaik untuk pindah rumah.
- Sekiranya korang bekerja boleh rancang bila hari dan berapa hari perlu korang ambil cuti untuk pindah rumah.
Urusan Deposit Utiliti Elektrik dan Air
- Bila dah dapat rumah baru, rancang bila waktu sesuai untuk bayar deposit utiliti buka akaun Tenaga Nasional Berhad (Elektrik), dan juga Syabas (Air) kang masuk-masuk rumah elektrik dengan air pun takde, macamana nak basuh rumah baru sebelum pindah?
- Rancang juga proses pemindahan TM Unifi, cuckoo jika ada, dan bila tarikh akhir untuk tutup account utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Syabas untuk rumah lama.
Perlengkapan Untuk Pindah
- Dapatkan kotak-kotak (cari kat mydin, boleh amik free je), wrapping, sellotape dan juga plastik sampah.
Kemas dan Asingkan Barang-Barang
- Mula packing barang-barang. Packing mengikut kepentingan. Barang yang mana perlu dipindahkan dahulu dan barang mana yang kemudian. Barang-barang kecil seboleh-bolehnya satukan dalam satu kotak mengikut tagging. Barang-barang besar seperti meja, almari, katil dan seumpamanya buat satu senarai supaya mudah untuk korang survey lori mover berapa tan yang diperlukan masa nak pindah nanti.
- Pilih barang-barang yang tidak lagi korang gunakan dan sumbangkan, jual (boleh tambah wang saku untuk pindah), atau buang. Elakkan bawa barang yang dah rosak atau sudah tidak digunakan lagi ke rumah baru seperti sofa, meja, kerusi, tv yang dah rosak agar rumah baru lebih luas dan selesa tanpa perabot-perabot usang.
- Buang siap-siap sampah-sampah dan barangan yang sudah tidak diperlukan sebelum proses pindah rumah bermula.
Ketika Pindah
Penyedia Servis Lori Mover
- Bekerja sama dengan penyedia lori mover. Beri mereka arahan yang betul, barang mana yang perlu di angkut. Dalam proses ini korang memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang penyedia servis mover.
- Simpan tenaga korang untuk kerja-kerja lain, urusan angkat mengangkat ni biar mereka yang uruskan.
- Uruskan berhati-hati dengan barangan yang mudah pecah.
Selepas Pindah
Susun Atur Barang
- Mulakan menyusun atur barang di bilik utama dahulu. Yela nanti nak tidur mana? nak mandi lagi jenuh nak cari baju kan? Jadi mulakan menyusun atur barangan di bilik utama.
- Kemudian susun atur barangan di dapur. Pasang semula perabut-perabut yang korang dh cerai-ceraikan. Uruskan susunan diruang tamu dan baru yang lain-lain.
Atur Appointment Pemasangan Semula Utiliti dan Alamat
- Segera uruskan pemasangan semua utiliti seperti TM Unifi dan juga cuckoo dengan hadir sendiri ke center diorang. Diorang akan menghubungi korang semula untuk mengatur bila pemasangan semula boleh dilakukan dirumah baru korang. Biasanya proses ni tak sampai 3 hari pun. Sekejap je.
- Jangan lupa segera menukar alamat pada urusan perbankan, servis-servis penghantaran seperti pos, shopee, lazada, foofpanda, grabfood dan lain-lain.
Perkenalkan Diri Pada Jiran
- Berkenalan dengan jiran baru dapat membantu korang merasa lebih tenang dan selamat dalam mengenal tempat baru.
Bersih Rumah Lama
- Dah selesai pindah semua barang dari rumah lama, korang dah boleh bersihkan rumah lama. Cat dulu dinding-dinding yang kotor, jika terdapat pintu-pintu yang rosak, singki atau paip air yang bocor sila baiki dan ganti yang baru.
- Seboleh-bolehnya serah rumah lama seperti mana kita terima pada awalnya. Setiap bilik masih ada kuncinya.
Berapa Lama Aku Ambil Masa Untuk Pindah Rumah?
Pehh.. mula dapat kunci 20 haribulan Mei, 20 haribulan serah kunci rumah lama. Hampir sebulan jugalah proses pindah rumah. Penat tu takyah cerita la. Korang yang pernah pindah rumah mesti tahu. Dengan kerja lagi. Stress tau!
Sampai ke hari aku tapi artikel ni, rumah baru masih bersepah. Banyak lagi barang-barang yang belum bersusun. Secara kasarnya tanpa sedar bila buat kira-kira dekat 2000 lebih juga habis untuk pindah rumah ni.
Okeyla.. sambung mengemas!
Ha ha ha... gelak je, tak jadi komen lain ^=^
Mantap laaa kedai tayar dengk
kak pip tak skip sarapan.memang susah nak skip saraoan.