Sekarang bila kerja sudah menuntut untuk melaksanakan kerja-kerja suntingan video makanya kenalah ada satu iMac atau MacBook. Kat mana nak beli iMac dan MacBook murah ye? Dapat beli yang second hand pun ok dah.
Apple user kata kalau dah biasa guna windows sekali merasa guna mac mesti terus melekat dan melupakan windows (tapi windows 11 pun dah best macam mac dah tak macam dulu). Dah lama teringin nak merasa guna produk apple ni, memandangkan dulu tiada keperluan kerja-kerja berat seperti menyunting video, jadi tak ambil port sangat untuk bertukar menggunakan mac.
Isi Kandungan
Misi Mencari iMac Dan MacBook Murah
Lama juga survey-survey di Facebook marketplace, Shopee, Google, Machines dan Switch. Cuba buat perbandingan harga. Baik beli yang baru atau beli yang second hand sahaja? Memandangkan aku baru nak mencuba, maka bermulalah misi mencari iMac dan MacBook murah sahaja.
Model yang aku nak cari iMac 27”. Aku perlukan skrin display yang besar untuk buat kerja-kerja suntingan video. Kalau nak buat kerja-kerja grafik pun luas mata memandang!
iMac 27″ 5K 2017 Masih Lagi Releven Pada Tahun 2024?
Semasa iMac 27″ 5K 2017 pertama kali diperkenalkan, ianya menjadi salah satu komputer desktop terbaik yang pernah ditawarkan oleh Apple. Namun, pada tahun 2024 ini, masih mampukah iMac 27′ 5K 2017 ini beraksi? dan update terbaru MacOS Sonoma pun dah tak support.
Antara sebab pada aku kenapa iMac 27″ 2017 ini masih releven kerana:
Rekabentuk & Display
Rekabentuknya sangat menarik, selain displaynya 5K Retina yang awesome, nak tengok video atau buat kerja-kerja grafik nampak super clear malah boleh dilihat dari pelbagai sudut tanpa menghadkan pandangan mata terhadap displaynya.
Dilengkapi dengan pelbagai port iaitu ada 4 port untuk USB, 2 port untuk USB-C, slot memori kad, port untuk cable internet dan juga headphone jack. Kalau nak bandingkan dengan iMac sekarang, yang ada cuma thunderbold dan headphone jack. Slot lain-lain dah tiada kalau nak guna USB kena beli adapter converter atau adapter multi slot tu.
Performance
Walaupun sudah mencecah 7 tahun dari tahun pengeluarannya, tidak boleh dinafikan iMac 27″ ini masih mampu beraksi dengan cemerlang. Malah masih boleh beroperasi menggunakan MacOS Ventura. Bagi pengguna biasa macam aku, iMac 27″ 2017 ni masih cemerlang untuk buat kerja-kerja video editing dan juga grafik.
Namun mungkin ianya tidak pada pengguna professional, diorang mungkin boleh merasa akan sesuatu yang akan agak terbatas dalam kerja-kerja harian diorang.
Boleh Upgrade!
Masa aku pilih iMac 27″ 2017 ni, orang yang jual ni ada bagitahu, masih ramai yang mencari iMac lama kerana ianya boleh di upgrade. iMac baru sekarang (M1/M3) tidak boleh di upgrade ram dan juga storagenya.
Jadi masa nak beli iMac baru korang kena fikir betul-betul, korang perlukan berapa ram untuk kerja-kerja korang dan pilih berapa storage yang sesuai untuk kerja-kerja korang. Dan dah tentu, lebih tinggi ram, lebih besar storage maka harganya lagi tinggi.
Untuk iMac 27″ 2017 ni ram boleh diupgrade sehingga 64GB manakala storage sampai 2TB.
Jadi Kat Mana Nak Beli iMac Dan MacBook Murah?
Sekarang banyak je kedai yang jual iMac dan MacBook murah. Antaranya kedai yang terletak di Pandan Indah. Kalau nak beli iMac atau Macbook search Zaranet Apple, sebab kalau search zaranet je, diorang ada Zaranet HQ, Zaranet LCD kat Taman Shamelin. Zaranet Apple ni dekat Pandan Indah.
Kawan kat office bajet 4000 dia dapat 1 iMac 27″ 2017 + dengan MacBook Pro 15″ 2015 yang mana berbaloi la sangat. Bila sampai je kat Zaranet Apple ni, kompem rambang mata. Sangat banyak iMac dan MacBook yang boleh korang pilih mengikut bajet yang korang nak.
Diorang bukan je ada iMac dan Macbook, ipad, microsoft surface, dan tablet pun ada. Pilih je nak yang mana mengikut bajet korang. Kalau taknak beli dikedai boleh je beli di kedai shopee diorang. Tapi kalau nak puas hati memilih aku sarankan pergi lah sana.
Aku jumpa iMac 27″ 5K Retina 2017 sesuai mengikut bajet yang aku nak..hehehe. Berbaloi.. Kucing aku pun suka..hahaha
wa'alaikumsalam.. yg download dalam sistem tu pun boleh.. sy haritu bg pdf je..
SALAM NAK TANYA , KALAU SIJIL SSM TU KENA BAWA YANG ORIGINAL OR BOLEH BAWA YG KITA DOWNLOAD SISTEM SSM…
Ha ha ha... gelak je, tak jadi komen lain ^=^