Jom! Jalan-Jalan di Lorong Belakang Cyberjaya
Korang kalau hujung minggu tidak tahu nak kemana untuk melepak santai dan makan-makan, jom! jalan-jalan di Lorong Belakang, Cyberjaya. Tempat dahulunya hanya menjadi kawasan loading barang-barang untuk premis-premis yang berada di Shaftsbury Square, gelap dan suram kini telah bertukar menjadi salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di Cyberjaya.
Isi Kandungan
Aku bukan pertama kali datang sini, dulu aku kerja berdekatan dengan Shaftsbury Square Cyberjaya, tempat selalu aku parking kereta untuk ke tempat kerja. Cuma apa yang membezakan kali ini, ini kira pertama kali aku jalan-jalan kat Lorong Belakang Cyberjaya, setelah 8 tahun meninggalkan Cyberjaya.
Suasana kat Lorong Belakang ni hidup sangat, ceria dan menarik dengan lampu-lampu yang tergantung.
Apa Yang Menarik di Lorong Belakang Cyberjaya?
Lorong Belakang Cyberjaya ni lebih meriah dengan pengunjung apabila menjelang waktu malam. Haritu aku pergi dalam pukul 3.00 petang. Tengok ramai peniaga-peniaga baru nak setup gerai masing-masing. Walaupun belum banyak gerai dibuka, tetapi sudah ada pengunjung yang datang awal.
Sampai-sampai je tengok beberapa gerai yang menjual makanan. Kasi pusing dulu satu round baru decide nak makan apa.
Macam-macam jenis makan ada, dari masakan melayu, western, arab, dan macam-macam lagi la yang ada. Bila dah full beroperasi mungkin lagi banyak kot pilihan makanan yang ada. Dah beli makan boleh lepak-lepak santai depan stage Lorong Belakang.
Tempat yang disediakan untuk pengunjung menjamu selera sambil mendengar dan melihat persembahan. Waktu petang ni belum ada apa-apa persembahan lagi. Malam nanti kot.
Senang ke Parking di Lorong Belakang Cyberjaya ni?
Parking kat sini senang je bagi mereka yang dah biasa dengan laluan di Shafbury Square ni. bagi yang baru pertama kali datang mungkin akan keliru. Tak silap laluan di Shaftbury Square ni one way. Bila korang masuk korang akan ke arah kiri.
Gerak menuju ke lorong belakang, korang kena masuk ke tempat parking berbayar kalau nak keluar balik. Jangan risau tiada bayaran dikenakan, jika hanya masuk untuk pusing balik. Tapi alang-alang dah masuk tu parking jela terus, boleh jalan-jalan cuci mata, lihat apa yang ada kat Lorong Belakang Cyberjaya.
Ada Benda Yang Menarik di Lorong Belakang Cyberjaya
Selepas makan, sambung jalan-jalan tengok apa lagi jualan yang ada di lorong belakang. Selain jualan makanan, ada juga peniaga baju, gelang dan anting assesori, alat permainan, patung figura dan mini pet zoo pun ada. Menarik!
Dulu Gelap Kini Lorong Belakang Cyberjaya Meriah Setiap Minggu
Inisiatif penganjur acara Youth Ventures Asia menerusi Lorong Belakang Cyberjaya di Shaftsbury Square Cyberjaya menjadikan kawasan itu ‘hidup’, terang dan meriah pada setiap minggu.
Pengarahnya, Mohamad Hafiz Zurain Mahat, 30, berkata, Dianggarkan sehingga 6,000 pengunjung direkodkan pada setiap minggu yang datang dari seluruh negara.
Menurutnya, acara itu juga adalah inisiatif mingguan yang dikuasakan oleh belia untuk komuniti Lembah Klang.
“Acara ini sudah dibuat sejak 2020 lagi, namun ketika pandemik melanda negara ia terhenti. Malah, selepas semua aktiviti kembali beroperasi acara ini masih belum mendapat sambutan. Ketika itu ia berlangsung pada awal dan hujung bulan dengan pembabitan antara lima hingga lapan vendor saja.
“Selepas kejayaan acara Klassik Kulture Sunday, yang mengumpulkan kelab kereta klasik di samping aktiviti ‘car boot sale’ di kawasan lorong belakang itu, kami nampak potensi untuk konsep ini dikembangkan.
“Dengan kerjasama penuh Shaftsbury Square, kami terus melancarkan Lorong Belakang Cyberjaya, yang kini berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu dan dibuka sehingga jam 12 malam. [Baca berita penuh]