Kristel Candelario Dihukum! Tinggalkan Jailyn Bersendirian 10 Hari
Kristel Candelario Meninggalkan Bayinya (Jailyn) Pergi Melancong
Satu tragedi menyayat hati telah terjadi di Ohio, Amerika Syarikat di mana seorang ibu yang tidak bertanggungjawab telah meninggalkan bayinya yang hanya berusia setahun lebih tinggal bersendirian di rumah selama 10 hari tanpa makanan dan minuman.
Isi Kandungan
Bayi yang tidak berdosa ini terpaksa memakan najisnya sendiri untuk bertahan meneruskan hidup. Namun, malang apabila bayi tersebut telah meninggal dunia sebelum bantuan tiba.
Kejadian ini telah mengejutkan masyarakat dan menimbulkan persoalan mengenai tindakan ibunya, kenapa dia boleh tergamak meninggalkan bayinya bersendirian sedangkan dia sedang berseronok melancong??
Penemuan Mengejutkan Hasil Dari Siasatan
Pendakwa berkata pada 6 Jun 2023, Kristel Candelario meninggalkan bayinya, Jailyn Candelario, bersendirian dan tiada pengawasan di dalam playpen di rumahnya di Cleveland selama 10 hari semasa dia melancong ke Puerto Rico dan Detroit.
Apabila dia balik dari melancong, Kristel Candelario mendapati bayinya, telah meninggal dunia dan terus menghubungi 911. Para penyiasat mendapati keadaan Jailyn “sangat terhidrasi pada masa kematiannya.”
Mereka mendapati Jailyn telah meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan air yang teruk. Doktor juga menyatakan bahawa bayi tersebut telah meninggal dua hari sebelum laporan dibuat.
Keadaan Jailyn amat menyayat hati, dengan berat hanya 13 paun, mata cengkung, dan kulit yang tidak menganjal apabila ditekan.
Doktor juga mendapati kotoran dan najis di kuku, tapak tangan, tapak kaki, dan badan Jailyn. Keadaan ini mencetuskan persoalan di kalangan doktor, bagaimana Jailyn boleh meninggal dunia dua hari sebelumnya sedangkan dia berada di bawah pengawasan ibunya Kristel?
Pada hari Isnin, Timbalan Pendakwa Raya Daerah Cuyahoga, Anna Faraglia, menunjukkan gambar-gambar Kristel Candelario tersenyum dan berpesta dengan rakan-rakannya di Puerto Rico kepada mahkamah, dia tidak menunjukkan tanda-tanda kebimbangan seorang ibu yang meninggalkan anaknya.
Pendakwaan turut memainkan rakaman dari kamera Ring doorbell yang menunjukkan Jailyn menjerit dan menangis lebih dari dua hari selepas ditinggalkan bersendirian di rumah tersebut.
Kristel Candelario berbohong kepada polis mengenai percutiannya, dan bukti menunjukkan bahawa dia menyalin pakaian bayinya sebelum polis mula-mula tiba di tempat kejadian, kata pendakwaan.
Hujah Alasan Peguam Kristel Candelario
Peguam Kristel Candelario, Derek Smith, mengatakan bahawa Kristel sedang bertarung dengan masalah kesihatan mental dan cuba membunuh diri dengan pengambilan dos berlebihan pada tahun 2023, kemudian dia diberi ubat antidepressants keranan tindakkan membunuh diri tersebut.
Derek Smith mengatakan dia berhenti mengambil ubat itu, dan itu yang mempengaruhi pertimbangannya pada masa itu yakni ketika dia meninggalkan bayinya dan pergi bercuti.
Dalam kenyataan kepada mahkamah, Kristel berkata, “begitu banyak kesedihan dan keperitan yang saya alami setelah kehilangan bayi saya” dan bahawa “setiap hari saya meminta ampun dari Tuhan dan dari anak perempuan saya, Jailyn.”
“Saya sangat terluka dengan apa yang dah berlaku yang berlaku,” katanya. “Saya bukannya menidakkan perbuatan salah yang telah saya lakukan, cumanya tiada siapa pun tahu dan faham derita yang saya sedang tanggung dan lalui.”
Walaupun dalam perbicaraan, peguam Kristel telah mencuba untuk menggunakan kesihatan mental sebagai alasan untuk tindakannya, hakim menolak hujah tersebut.
Hakim berpendapat bahawa Kristel masih mempunyai pilihan untuk bertanggungjawab atas tindakannya, walaupun dia sedang menghadapi masalah mental.
Hakim Daerah Cuyahoga, Brendan Sheehan, mengatakan bahawa Kristel Candelario melalui tindakannya, seumpanya:
“committed the ultimate act of betrayal.”
“Meninggalkan bayi anda dalam ketakutan, bersendirian, tanpa perlindungan untuk menanggung derita kematian, bagi saya ianya paling mengerikan bagi seorang bayi, ditinggalkan tanpa makanan dan tanpa air,” katanya.
“Bukti yang saya saksikan di hadapan mahkamah ini menunjukkan bahawa anda hanya memilih untuk tidak berada di sini kerana anda mahu berseronok. Anda memutuskan bahawa anda memerlukan percutian dan apa yang berlaku selepas itu adalah kebinasaan yang nyata.”
10 Hari Tinggalkan Jailyn Bersendirian, Kristel Candelario, Dihukum!
Kristel Candelario, 32 tahun, kini menghadapi hukuman penjara seumur hidup setelah mengaku bersalah atas pembunuhan berat anak perempuannya, Jailyn, dan satu tuduhan membahayakan kanak-kanak dalam perjanjian dengan pendakwa yang menurunkan dua tuduhan pembunuhan dan satu tuduhan serangan jenayah.
“Just as you didn’t let Jailyn out of her confinement until she died … you should spend the rest of your life in a cell without freedom.”
Hakim Daerah Cuyahoga, Brendan Sheehan