Patung Hello Kitty Yang Mengerikan pada Tahun 1999
Pada 14 April 1999, pelayan kelab malam Hong Kong, Fan Man-yee, meninggal dunia selepas menderita diseksa dengan kejam selama sebulan. Kemudian pembunuhnya menyumbat kepalanya ke dalam patung Hello Kitty.
Sehingga hari ini, kes pembunuhan dalam patung Hello Kitty masih menjadi salah satu yang kes paling kejam dalam sejarah moden. Pada 17 Mac 1999, ahli triad Hong Kong, Chan Man Lok, dan kuncu-kuncunya menculik pelayan kelab malam berusia 23 tahun, Fan Man Yee, dari rumahnya, kemudian secara perlahan-lahan menyiksanya hingga mati di dalam sebuah apartmen di kawasan Tsim Sha Tsui sehingga dia, yakni Fan Man Yee akhirnya menyerah pada 14 April.
Isi Kandungan
Dan dunia mungkin tidak akan mengetahui tentang hal tragis itu, jika bukan kerana seorang gadis muda dalam ketakutan datang membuat aduan ke balai polis Hong Kong.
Pada Mei 1999, seorang gadis berusia 14 tahun menuju ke balai polis Hong Kong. Dia memberitahu pegawai polis bahawa selama beberapa minggu lepas, secara terus menerus dia telah diganggu oleh hantu seorang wanita yang diikat dengan wayar elektrik dan disiksa sampai mati.
Polis mengabaikannya dan menolak aduannya sebagai sekadar mimpi atau sembang kosong remaja.
Namun, minat polis tiba-tiba dipacu apabila gadis itu menjelaskan bahawa hantu itu adalah seorang wanita yang dia ada turut serta membunuh.
Polis mengikuti gadis itu ke sebuah flat di kawasan Kowloon yang terlantar di bandar itu, mereka mendapati bahawa mimpi gadis itu sebenarnya adalah mimpi ngeri yang sangat nyata.
Di dalam flat itu, mereka menemui sebuah patung Hello Kitty yang berukuran besar dengan terdapat tengkorak seorang wanita yang dipenggal di dalamnya.
Kes ini dikenali sebagai pembunuhan Hello Kitty, dan seluruh Hong Kong menganggap sebagai salah satu kes jenayah paling kejam dalam ingatan.
Ini adalah kisah yang sangat mengerikan mengenai kes pembunuhan Hello Kitty.
Siapakah Fan Man Yee, Mangsa Dalam Kes Pembunuhan Patung Hello Kitty?
Fan Man Ye, setelah ditinggalkan oleh keluarganya semasa kecil, dia dibesarkan di sebuah rumah anak perempuan. Sejak remaja, dia telah terlibat dengan ketagihan dadah dan setelah itu beralih kepada pelacuran untuk membeli dadah kebiasaannya.
Pada usia 23 tahun, dia telah mendapat pekerjaan sebagai pelayan di sebuah kelab malam, meskipun masih berjuang dengan ketagihannya.
Pada awal 1997, Fan Man Yee bertemu dengan Chan Man Lok, berusia 34 tahun. Mereka bertemu di kelab malam dan tanpa disangka mereka mempunyai kecenderungan pada perkara yang sama.
Fan Man Yee seorang pelacur dan penagih dadah, sementara Chan Man Lok adalah seorang bapak ayam dan penjual dadah. Tak lama kemudian, Fan Man Yee menjadi ‘pelanggan’ tetap dalam kumpulan Man Lok, dan juga kuncu-kuncunya.
Pada penghujung tahun 1997, dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan wang dan dadah, Fan Man Yee mencuri dompet Man Lok dan cuba melarikan $4,000 yang ada di dalamnya.
Sebaik sahaja Man Lok menyedari wangnya hilang, dia meminta bantuan dua orang kuncu-kuncunya, Leung Shing Cho dan Leung Wai Lun untuk menculik Fan Man Yee. Man Lok berniat untuk memaksa Fan Man Yee menjadi pelacur untuknya dan mengambil wang yang dia perolehi sebagai pembalasan atas wang yang dicuri daripadanya.
Namun, tidak lama kemudian, rancangan itu menjadi tidak terkawal.
Ketakutan Yang Tak Terbayangkan Dalam Kes Pembunuhan Hello Kitty.
Chan Man Lok dan kuncu-kuncunya segera memutuskan bahawa melacurkan Fan Man Yee sahaja tidak cukup untuk membayar akan kesalahannya, dan mereka mula menyiksa Fan Man Yee.
Mereka mengikatnya dan memukulnya, dan selama lebih daripada sebulan melakukan pelbagai perkara jahat: membakar kulitnya, memperkosa, dan memaksa Fan Man Yee memakan najisnya sendiri dan memberi minum air kencing mereka.
Walaupun penyiksaan Fan Man Yee sudah cukup mengerikan, apa yang lebih mengerikan ialah kisah gadis 14 tahun yang melaporkan pembunuhan Fan Man Yee kepada pihak polis.
Bukan sahaja dia bertanggungjawab untuk memberitahu mengenai penyiksaan Fan Man Yee, tetapi dia juga turut serta dalam menyiksa Fan Man Yee.
Dikenali hanya sebagai “Ah Fong,” kemungkinan ini adalah nama samaran yang diberikan oleh mahkamah Hong Kong, gadis berusia 14 tahun itu adalah kekasih Chan Man Lok, walaupun “kekasih” mungkin ianya sekadar istilah.
Kemungkinan, gadis itu adalah salah seorang daripada pelacur-pelacur Chan Man Lok.
Pada suatu ketika, ketika Ah Fong melawat trio penyiksa di apartmen Man Lok, dia menyaksikan Chan Man Lok menendang kepala Fan Man Yee sebanyak 50 kali. Ah Fong kemudian turut serta, memukul kepala Fan Man Yee.
Walaupun butiran mengenai sejauh mana penyiksaan yang dilakukan oleh Ah Fong tidak diumumkan, apabila ditanya mengenainya, dia menjawab, “Saya rasa itu untuk berseronok.”
Kematian Fan Man-yee
Selepas sebulan penyiksaan, Ah Fong mendapati bahawa Fan Man Yee telah mati pada malamnnya. Chan Man Lok dan kuncu-kuncunya berpendapat bahawa Fan Man Yee mati akibat terlebih dos methamphetamine yang dia consume sendiri, namun kebanyakan pakar berspekulasi bahawa ia berpunca daripada kecederaan Fan Man Yee yang akhirnya membunuhnya.
Selepas mendapati bahawa Fan Man Yee telah mati, penjahat trio tersebut memindahkan mayat Fan Man Yee ke dalam bilik mandi apartmen dan mengerat tubuh badan Fan Man Yee dengan pisau.
Kemudian, mereka merebus bahagian-bahagian badan Fan Man Yee dan sebahagiannya diberi makan pada anjing.
Tetapi kepala Fan Man Yee mereka simpan! Selepas merebusnya di atas dapur (didakwa mereka menggunakan peralatan dapur masak yang sama untuk makanan mereka yang mereka gunakan untuk merebus kepala Fan Man Yee) mereka menjahit tengkorak yang telah dimasak ke dalam patung Hello Kitty milik Fan Man Yee yang berukuran besar.
Selain itu, mereka turut menyimpan satu daripada gigi Fan Man Yee dan beberapa organ dalaman dimana mereka menyimpannya di dalam beg plastik.
Perbicaraan Chan Man Lok dan Pembunuh-Pembunuh Patung Hello Kitty
Sebagai pertukaran untuk perlindungan, Ah Fong memberi keterangan menentang Chan Man Lok dan dua kuncu-kuncunya. Dalam usaha untuk melepaskan dirinya daripada perkara yang menghantuinya, Ah Fong menghuraikan dengan jelas bentuk-bentuk penyiksaan yang dilakukan oleh ketiga-tiga lelaki itu terhadap Fan Man Yee.
Walaupun kisahnya begitu mengganggu akal fikiran, sehingga kini ramai yang tidak menyangka ianya benar-benar tejadi. Bukti yang ditemui oleh polis adalah sangat meluluhkan dan mengganggu akal.
Apartmen di mana Fan Man Yee disiksa penuh dengan barang kenangan Hello Kitty, dari cadar, langsir hingga tuala dan peralatan dapur.
Selain itu, bahagian tubuh Man Yee yang dijadikan sebagai trofi ditemui di dalamnya, bukti bahawa mereka bertiga terlibat dalam pembunuhan Fan Man Yee.
Namun malangnya, disebabkan hanya ada beberapa bahagian tubuh Fan Man Yee yang tinggal, pihak polis dan pemeriksa perubatan tidak dapat menentukan sebab sebenar kematian.
Tiada keraguan bahawa Fan Man Yee telah melalui penyiksaan yang sukar digambarkan, dan bahawa ketiga-tiga lelaki itu adalah penyebabkan sebahagian besar kerosakan pada badan Fan Man Yee, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pengambilan dos dadah berlebihan atau penyiksaan yang telah menyebabkan kematian Fan Man Yee.
Sebagai keputusannya, ketiganya dihukum bukan atas tuduhan membunuh, tetapi membunuh tidak sengaja, kerana juri percaya bahawa walaupun mereka penyebab kematiannya, namun niat asal bukanlah untuk membunuh.
Tuduhan ini membuatkan masyarakat Hong Kong berasa sangat terkesan dengan kes pembunuhan dalam patung Hello Kitty, namun trio itu dihukum penjara seumur hidup – dengan kemungkinan mendapat pembebasan bersyarat dalam tempoh 20 tahun.
Sumber
- The Story Of Hong Kong’s Notorious Hello Kitty Murder Case – By Katie Serena
Ha ha ha... gelak je, tak jadi komen lain ^=^
Mantap laaa kedai tayar dengk
kak pip tak skip sarapan.memang susah nak skip saraoan.