Scary! Renungan Wanita Berselubung Dalam Keretapi

Share
Wanita Berselubung

Oleh kerana lewat menyiapkan kerja pejabat, Janet terpaksa pulang lewat. Keretapi yang terakhir pada pukul 11 malam. Sampai di stesen kebanyakkan orang sudah pulang. Suasana agak lengang dan sepi. Yang kedengaran cuma angin malam dan kadangkala suara pengumuman waktu perjalanan keretapi.

Dalam keretapi, Janet ternampak ada orang di coach belakang. Bagi menghilangkan rasa takut bersendirian, Janet mengambil keputusan untuk duduk hampir dengan mereka. Janet duduk berhadapan dengan seorang wanita berselubung. Janet berasa lega ada juga wanita sepertinya di dalam keretapi.

HORRIFYING

Wanita berselubung itu duduk di antara dua lelaki, yakni sisi kiri dan kanannya adalah penumpang lelaki.

Renungan Wanita Berselubung

Sejak dari tadi Janet sedar wanita yang berselubung itu asyik merenung padanya. Namun oleh kerana wanita itu berselubung kepala, Janet tidak dapat nampak wajahnya dengan jelas. Keretapi berhenti di perhentian, seorang penumpang lelaki masuk lalu duduk bersebelahan dengan Janet.

Lebih kurang beberapa minit selepas itu, lelaki tersebut berbisik pada Janet, “Di perhentian seterusnya ikut saya keluar dari keretapi ini, awak perlu percaya pada saya.”

HORRIFYING3

Tiba di perhentian seterusnya, Janet dan lelaki tersebut keluar dari keretapi dan melihat keretapi itu berlalu pergi. Lelaki itu dengan terketar-ketar memberitahu Janet, “Syukur awak keluar dengan saya dari keretapi tersebut. Saya seorang doktor, wanita yang berselubung itu sudah mati, yang membuatkan dia masih duduk tegak dan merenung kamu adalah dua orang lelaki yang memegangnya dari belakang.