Terbaik!Terima kasih datang melawat dan membaca di Deo's Storyline!Read More
38°C
October 5, 2024
Review

Repair Dan Servis Satria Neo Di Shah Alam Dori-Dori Auto Works Shah Alam

  • February 20, 2022
  • 4 min read
  • 123 Views
Repair Dan Servis Satria Neo Di Shah Alam Dori-Dori Auto Works Shah Alam
AVvXsEgl1fDsjPkOxua1v1oBkJHvpI1FNMwQFF2bXD2UbHh8IrMh5lMFdvdvAQzdE8dCaGJGB40uNPdmeg8v8lrb 7qqEZ7Ijg WQDVe pNsY8eaGXpmR9Dp67gc592GN5kwq3QdxkzJIvZp

Bengkel Servis Satria Neo Di Shah Alam

Dori Dori Auto Works antara bengkel automotif yang dikenali bagi peminat campro. Untuk satria neo ataupun kereta berengine campro, mereka inilah antara tempat yang layak dirujuk. Banyak bengkel yang aku pergi, jarang yang berpuas hati. So far ini antara bengkel yang terbaik dalam repair dan servis satria neo.

Pergi Dori Dori Auto Works haritu sebab mileage dah lebih dari tarikh untuk servis berkala. Banyak benda yang aku runsing dengan satria neo aku ni.

  • Pertamanya service satria neo berkala
  • Kedua engine berbunyi-bunyi bila start engine waktu pagi atau pandu waktu hujan
  • Ketiga aku rasa brake pad sudah haus sebab boleh dengar bunyi besi berseret disk brake
  • Keempat reverse sensor dah tak berfungsi.
AVvXsEhpmVAhkpyIy2YTdQzVmE2EZw26sh J1ujPwTEv86oqdrIV4r0ZrgUqsf9zYEs4MtxsBgUWnWGibBFd9 DanuQ8hK1LZbLj0KJ 2OQdmbIJHTCpIbzUqfX Qd3hFCpndE6q4Chq 8r5e4dOCCyujCYiKsH36FfABoA3sBvDlSdS5 vvBJuVVRavAkwrw=s16000

Untuk servis satria neo aku guna minyak hitam  yang disarankan oleh Dori-Dori Auto Works. Harga Dori’s Lube RM138.00 khas untuk kereta engine campro. Engine satria neo jadi lebih sedap lepas tukar minyak ni. Ada sesiapa berminat untuk mencuba atau nak beli minyak ini boleh contact Abang Shaiful : 016-270 8995 (pemilik Dori Dori Auto Works)

Bila nak tukar brake pad kena buat skimmed disk sebab disk dah bercalar teruk kena brake pad yang dah haus. Skimmed disk untuk melicinkan, meratakan semula permukaan disk brake, supaya bila tukar brake pad baru nanti tidak berlaku judder antara brake pad dengan disk brake dalam masa yang sama memanjangkan lagi hayat brake pad. Kos skimmed disk RM70.00 untuk dua side.

Repair Dan Servis Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah Alam

Korang mesti tension kan lepas basuh kereta rim korang berdebu hitam. Jadi korang boleh bertukar kepada brake pad yang menghasilkan kurang debu hitam. Harga brake pad RM220.00. Selesai sudah bunyi-bunyi sebab kehausan brake pad.

Repair Dan Servis Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah AlamInilah rupa suis reverse sensor. Ada bengkel aku pernah pergi di Dengkil dia kata harga untuk suis reverse sensor ni dalam RM250.00. Nasib baik aku tak terus tukar. Harga untuk suis reverse sensor ni cuma RM68.00 je. Peh, jauh tu beza!

Repair Dan Servis Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah Alam

“Bang, serius ke harga reverse sensor ni 68 ringgit!?”

“Kenapa? mahal sangat ke??

Ada bengkel charge 250 ringgit kat saya bang!”

“Hmm ok la cincai 200 sudah… hahahaha gile la kalau tahu tadi aku caj 200. Bengkel mana kau pergi?”

“Area Dengkil.. Sumpah tak pergi dah bengkel tu..”

Repair Dan Servis Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah Alam

Drive Belt inilah yang buatkan bila start engine waktu pagi (time sejuk) atau tengah drive waktu hujan ada bunyi chit..chit..chit.. Sama ada dia dah keras atau dia longgar. Eh betul ke drive belt? aku cakap belting je.

Belt ni kalau boleh nampak, ianya sudah haus dan keras, nampak tak macam merekah-merekah? Harga belting ni RM90.00. Pastikan tukar belting yang berkualiti supaya lebih tahan lama.

Alang-alang dah servis kalau rasa kereta dah lama guna atau rasa macam sebu, lembab atau lambat respon (kurang pickup) eloklah buat sekali servis cuci throttle body dengan tuning engine kos lebih kurang RM50.00.

Meh tengok kos keseluruhan semasa proses servis satria neo:

Bil.ItemHargaHarga
1.Dori’s LubeRM138.00
2.Labour ChargeRM25.00
3.Skim DisksRM70.00
4.Brek PadRM220.00
5.Suis Reverse SensorRM68.00
6.Polish Throttle Body & TuningRM50.00
7.BeltRM90.00
 
TOTAL RM650.00
**harga pada tahun 2015

Serius puas hati. Kereta macam segar kembali. On the way nak balik, try tekan minyak bagi cecah 180KM/J sekejap je pecut, kalau nak banding dulu, nak naik 180KM/J tu aduish lemau gile.. Last tuning engine tahun 2009 dah berkurun dahulu.

Jadi kalau kereta korang lemah tenaga batin meh buat polish throttle body dengan tuning engine.

Bengkel Dori Dori Auto Works:

  • Lot 2392 Sg Rasah, off Jalan Batu Tiga Lama
  • 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Harap harga-harga di atas boleh menjadi rujukkan atau garis panduan bagi korang yang tertanya-tanya berapa harga sebenar sesebuah alat ganti. Harganya mungkin berlainan di tempat lain. Pandai-pandailah korang membuat kira-kira dan keputusan.

** Artikel ini diterbitkan pada tahun 2015 disunting semula. Harga servis satria neo yang tertera mungkin sudah berubah bergantung pada keadaan semasa.**

About Author

DeoDeen

Works as Writer, Video Editor and Graphic Designer at Deo's Storyline. "Setiap insan memiliki storyline yang berbeza."

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge