Isu Zakat Cara Kira Zakat Emas Yang Harus Kita Tahu

Isu Zakat Cara Kira Zakat Emas Yang Harus Kita Tahu. Memandangkan sekarang ini merupakan musim orang beli emas, jadi ada sedikit ilmu untuk dikongsikan dengan semua pembeli emas. Cara bagaimana mengira zakat emas!

Buat pengetahuan semua, semua emas yang dipakai atau tidak dipakai, jongkong emas, syiling emas dikenakan zakat jika cukup syaratnya.

Emas Perhiasan Yang Dipakai Tidak Diwajibkan Zakat

Hukum asal sebarang bentuk pemakaian emas tidak diwajibkan zakat. Emas yang dijadikan sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi tidak lagi bersifat subur dan berkembang. Namun ianya menjadi wajib zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa uruf dipakai.

Kadar uruf mengikut negeri:

Selangor, Kuala Lumpur = 800 gram
Johor, Terengganu = 850 gram
Perak, Pahang = 500 gram
Negeri Sembilan = 200 gram
Kedah = 170 gram
Melaka = 180 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf

Emas Yang Disimpan Tidak Dipakai Wajib Zakat

zakat emas

Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, sebagai contoh dalam tempoh setahun, anda tidak pernah pakai emas kerana emas tersebut rosak, emas design lama, emas warisan tok nenek atau seumpamanya jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

Sebab itulah emas perhiasan ini sekurang-kurangnya perlu dipakai setahun sekali. Pakai lah masa berhari raya ke, masa sambutan ulang tahun ke asalkan tidak disimpan lama melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul).

Cara Kira Zakat Emas (Basic)

Senario Satu

Emas tidak dipakai = 90 gram
Emas dipakai = 50 gram

Kiraan Zakat Emas:
Emas tidak dipakai = DIKENAKAN ZAKAT sebab melebihi 85 gram
Emas dipakai = TIDAK DIKENAKAN ZAKAT sebab kurang 800 gram

90 gram x RM295 (harga emas semasa) x 2.5% = RM663.75


Senario Dua

Emas dipakai (gelang, rantai, cincin dan lain-lain) = 900 gram

Kiraan Zakat Emas:
DIKENAKAN ZAKAT melebihi uruf 800 gram
Berat selepas tolak uruf = 100 gram (900 gram – 800 gram)
100 gram x RM295 (harga emas semasa) x 2.5% = RM737.5


Senario Tiga

Emas tidak dipakai = 50 gram
Emas dipakai = 900 gram

Kiraan Zakat Emas
PERLU CAMPUR kedua-dua jenis emas

50 gram + 100 gram (900 gram -800 gram uruf) = 150 gram
150 gram x Rm295 (harga emas semasa) x 2.5% = RM1106.25

Situasi 3

Di Selangor, ZAKAT EMAS digabungkan dengan ZAKAT SIMPANAN & ZAKAT SAHAM. Jika jumlahnya MELEBIHI NISAB maka dikenakan 2.5% zakat. Nisab pada tahun 2020 adalah RM18,510.

Contoh 1:

Zakat Emas = RM5,000
Zakat Simpanan = RM10,000
Jumlah = RM15,000

TIDAK DIKENAKAN ZAKAT kerana kurang nisab (RM18,510.00)

Contoh 2:

Zakat Emas (gelang, jongkong, syiling dan lain-lain = RM10,000
Zakat Simpanan = RM20,000
Jumlah = RM30,000

DIKENAKAN ZAKAT kerana jumlah melebihi nisab (RM18,510.00)

Zakat yang dikenakan : RM30,000 x 2.5% = RM750

Emas 3

Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka)

Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

Klik sini untuk kira zakat emas Kalkulator Zakat Emas

Twitter | Ustaz Faisal Rahim

Website | Zakat PPZ