Terbaik!Terima kasih datang melawat dan membaca di Deo's Storyline!Read More
38°C
October 5, 2024
Info

Periksa Harga Sesuatu Barang Naik Atau Turun Di Shopee Dengan AliPrice

  • November 29, 2021
  • 3 min read
  • 65 Views
Periksa Harga Sesuatu Barang Naik Atau Turun Di Shopee Dengan AliPrice
Periksa Harga di Shopee Dengan AliPrice

Install extension AliPrice di Google Chrome

Pernah terfikir tak macam mana cara untuk mengetahui harga sesuatu barang naik atau pun turun di shopee? Kita tak tahu bila seller akan naikkan harga barang jualan mereka dan bila harga jualan mereka turun adakah betul harga jualan itu turun dari harga asal? Install extension AliPrice di Google Chrome!

Setibanya musim jualan murah seperti tarikh 11.11 semestinya ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat barang apa yang boleh dibeli dengan harga jualan murah kaw-kaw dari shopee. Bagi memudahkan anda membuat perbandingan harga jom baca lebih lanjut cara untuk mengetahui harga sesuatu barang naik atau turun di shopee.

Cara Untuk Mengetahui Harga Sesuatu Barang Naik Atau Turun Di Shopee dengan AliPrice

1. Klik button Apps yang terdapat di bookmark bar. (Browser Chrome)

Shopee Harga1

Jika anda pengguna browser selain chrome boleh terus layari laman web ini AliPrice untuk install secara manual bagi browser Firefox, Yandex, atau Beta Opera. Bagi browser chrome boleh ikuti langkah-langkah mengikut gambar rajah di bawah.

2. Klik box Web Store.

Shopee Harga2

3. Taip Aliprice diruang search bar extension.

Shopee Harga3

4. Pilih extension AliPrice Shopping Assistant for Shopee.

Shopee Harga4

5. Klik Add to Chrome.

Shopee Harga5

6. Klik Add extension.

Shopee Harga6

Apabila sudah klik add extension, secara auto extension AliPrice Shopping Assistant for Shopee sudah terinstall di chrome. Periksa icon di ruang bookmark bar diruang atas paling kanan. Apabila kita buka atau layari laman web shopee.my akan terdapat satu icon kecil di bawah paling kiri.

Shopee Harga7

Cara Untuk Mengetahui Harga Sesuatu Barang Naik Atau Turun di Shopee

Gambar-gambar di bawah adalah contoh beberapa barang yang kita boleh lihat dan buat perbandingan. Dengan extension ini, anda boleh menjejak sejarah harga produk yang anda mahu, sama ada ianya naik atau pun turun semasa jualan harga murah nanti.

Shopee Harga8
Shopee Harga9
Shopee Harga10

Klik pada Track price pada produk yang kita nak tahu sebarang update mengenainya. Ia akan memaklumkan apabila terdapat penurunan atau kenaikan harga barang tersebut.

Shopee Harga11

Dengan adanya extension ini, ianya memudahkan anda untuk melihat mana-mana penjual yang menipu harga waktu jualan murah nanti. Kata harga turun, padahal harga sama, cuma harga asal yang dinaikkan.

Extension ini bukan sahaja untuk periksa harga di shopee malah di laman e-dagang lain pun boleh, anda boleh layari laman web AliPrice  untuk info lebih lanjut.

Shopee Harga12

Jom jadi pembeli bijak! Jejak harga barangan sebelum membeli. Kalau tak nak beli pun boleh add ke cart dulu banyak-banyak. Harap perkongsian ini memberi manfaat untuk semua. Untuk mereka yang nak mula menjual di shopee ataupun mana-mana laman e-dagang boleh jadikan maklumat ini sebagai data untuk mementukan harga barang jualan anda.

About Author

DeoDeen

Works as Writer, Video Editor and Graphic Designer at Deo's Storyline. "Setiap insan memiliki storyline yang berbeza."

4 Comments

  • Nice tips and trick. maka boleh lah tahu siapa seller yang jujur bagi diskaun. heheheee

  • Bagus juga extension ni. Boleh tahu la betul-betul diskaun ke atau hanya bermain dengan harga.

  • Thanks sharing info ni.. Baru tahu kita boleh cek harga naik turun diorg..

  • thanks for sharing. dpt la check naik turun harga di shopee.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge