Mudah Je Rupanya! Buka Akaun Perniagaan Maybank

Peniaga Perlu Ada Akaun Perniagaan Maybank

Selepas mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), lama juga tertangguh nak buka akaun perniagaan maybank. Kalau korang menjalankan sebarang perniagaan, korang wajib kena ada akaun perniagaan.

Mudah Je Rupanya Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Introducer

Memiliki akaun semasa yakni akaun perniagaan berasingan untuk transaksi perniagaan menambah tahap profesionalisme kepada perniagaan.

Ia membantu mengasingkan kewangan peribadi dan perniagaan, yang penting untuk ketelusan kewangan dan kredibiliti, terutamanya semasa berurusan dengan pembekal, pelanggan, dan institusi kewangan.

Apa Yang Perlu Disediakan Untuk Buka Akaun Perniagaan Maybank?

Pertama korang perlulah ada sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Sijil SSM), SSM Form A dan juga SSM Business Info. Sila pastikan yang sijil pendaftaran syarikat korang AKTIF dan tidak luput.

Mudah Je Rupanya! Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Introducer

Pastikan korang dah ada cop syarikat. Selepas daftar SSM korang wajib kena buat cop syarikat.

Mudah Je Rupanya! Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Introducer

Berikut adalah CHECKLIST yang perlu disediakan untuk buka akaun perniagaan Maybank:

  • Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Sijil SSM)
  • SSM Form A
  • SSM Business Info
  • Salinan Kad Pengenalan Depan Belakang
  • Cop Rasmi Syarikat
  • Deposit RM1,000.00

Bagaimana Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank?

Mudah Je Rupanya! Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Introducer

Terlebih dahulu korang perlulah daftar secara online terlebih dahulu di maybank2u. Terdapat dua pilihan akaun untuk di pilih sama ada akaun konvensional ataupun akaun patuh syariah.

  1. SME First Account– Akaun konvensional
    – Menawarkan fleksibiliti terunggul
    – Minimum deposit: RM1000
    – Dilindungi PIDM sehingga RM250,000
  2. SME First Account-i– Akaun patuh syariah
    – Berdasarkan prinsip Qard (Pinjaman)
    – Bank akan buat pembayaran Hibah kepada pendeposit
    – Minimum deposit: RM1000
    – Dilindungi PIDM sehingga RM250,000.

Daftar Akaun Perniagaan Maybank Secara Online : KLIK SINI

Daftar Akaun Secara Online

Korang akan di bawa terus ke pop seperti dalam gambarajah di bawah ini. Isi maklumat atau butiran yang di perlukan.

Mudah Je Rupanya! Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Introducer

Account Type kalau kita pilih Islamic nanti bila kita klik pada RECOMMEND ME AN ACCOUNT secara automatik korang akan daftar akaun SME First Account-i Akaun patuh syariah. Klik terus I WANT TO APPLY NOW!

Mudah Je Rupanya! Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Introducer

Isi maklumat seperti nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, status bumiputera dan nombor kad pengenalan. Selepas korang tekan SAVE & NEXT tu korang akan diminta untuk mengisi maklumat terperinci mengenai perniagaan korang, termasuk maklumat pemilik syarikat.

Mudah Je Rupanya! Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Introducer

Nanti akan ada satu part korang diminta untuk memilih cawangan Maybank mana untuk senang korang berurusan nanti. Pilih lah cawangan maybank dimana alamat Sijil Pendaftaran SSM korang daftarkan. Kalau alamat dalam SSM Senawang, korang pilih Maybank cawangan Senawang.

Korang klik SAVE & NEXT sehingga ke halaman pengesahan dan pengisytiharan maklumat.

Selesai membuat pengesahan korang akan mendapat notifikasi daripada pihak Maybank. Korang akan mendapat email dan juga sms yang mengandungi kod akses yang akan digunakan untuk perbankan online.

Korang akan dapat notifikasi di email selepas menerima paparan seperti ini:

Mudah Je Rupanya! Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Introducer

Hadir ke Cawangan Maybank

Sila hadir ke cawangan Maybank yang korang dah pilih dimana untuk berurusan. Perlu diingatkan korang cuma diberi tempoh selama 10 hari bekerja untuk hadir ke maybank mengaktifkan akaun perniagaan korang. Jangan lupa bawa dokumen penting semasa hadir nanti seperti:

  • Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Sijil SSM)
  • SSM Form A
  • SSM Business Info
  • Salinan Kad Pengenalan Depan Belakang
  • Cop Rasmi Syarikat
  • Deposit RM1,000.00

Apabila akaun dah aktif, nanti pegawai Maybank akan minta korang depositkan RM1,000.00 dalam akaun perniagaan. Tak perlu bawa cash. Hanya transfer online sahaja. Duit deposit tu nanti bila-bila masa korang boleh keluarkan semula.

Pengalaman Berurusan Di Maybank Cawangan Senawang

Sebelum aku pilih untuk buka akaun perniagaan maybank, ramai kata susah nak ‘approved’. Ada yang kata cerewet lah, renyah nak kena isi borang itu ini. Sepanjang aku berurusan dengan Maybank cawangan Senawang ni, Alhamdulillah mudah.

Tidak seperti yang orang cerita. Cumanya ia mengambil proses masa yang lama, lebih kurang dua jam lebih untuk mengaktifkan akaun perniagaan. Yang jadi lamanya tu sebab mereka perlu keyin data syarikat dan juga pemilik syarikat dalam masa yang sama mengemaskini data yang telah sedia ada.

Secara jujurnya aku puas hati dengan perkhidmatan diorang. Memudahkan dan juga sangat peramah.

Yang Tak Best Buka Akaun Perniagaan Maybank

Mudah Je Rupanya! Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Introducer

Kalau korang dah ada akaun personal dengan Maybank dan apabila dah ada akaun perniagaan dengan Maybank korang kena sediakan phone yang kedua. Satu phone hanya boleh ada satu akaun Maybank. Tak boleh nak guna website maybank2u, sebab nanti masa nak lakukan proses perbankan terutamanya untuk pindahan wang perlukan approval secure2u dari apps MAE.

Mudah Je Rupanya! Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Introducer

Satu phone hanya boleh ada satu apps MAE. Tiada kad diberi tapi boleh request nak guna cek. Kalau duit dalam akaun dah banyak bilion-bilion boleh la nak request guna cek…hehehe.