Laptop Sebagai Wifi Hotspot
Tak tahu pula laptop yang kita guna boleh dijadikan sebagai wifi hotspot untuk alat peranti kita yang lain seperti telefon pintar. Selalunya kita boleh buat sambungan terus ke wifi. Serius baru tahu kita boleh gunakan laptop sebagai wifi hotspot untuk membuka sambungan wifi ke peranti lain. Contohnya lihat gambarajah dibawah ni.
Rajah di atas ni adalah sambungan wifi yang biasa kita semua tahu. Laptop dan telefon pintar mendapat sambungan wifi nya direct dari router. Manakala gambar rajah di bawah ni berlainan bilamana hanya laptop sahaja yang dapat menerima sambungan wifi. Atas sebab-sebab tertentu peranti lain tidak dapat menerima sambungan wifi direct dari router.
Kenapa Jadikan Laptop Sebagai Peranti Wifi Hotspot?
Ada sesetengah wifi sambungannya disekat untuk sesetengah peranti. Jika signal wifi hanya boleh diterima dilaptop, maka kita boleh jadikan laptop sebagai peranti wifi hotspot bagi membuka sambungan wifi ke peranti yang lain.
Dalam kes lain, router terletak jauh dari capaian peranti lain, hanya laptop sahaja yang mampu mencapai sambungan wifi dari router. Bagi membolehkan peranti lain menggunakan wifi, maka laptop boleh dijadikan sebagai wifi hotspot.
Bagaimana Cara Menjadikan Laptop Sebagai Peranti Wifi Hotspot?
Berikut adalah cara untuk kita jadikan laptop sebagai peranti wifi hotspot. Langkahnya sangat mudah dan senang faham.
- Klik pada Windows kemudian pilih Settings atau tekan button + I
- Pada halaman Setting, pilih Network & Internet
- Di halaman Network & Internet, lihat pada bahagian kiri, pilih Mobile Hotspot.
- Di halaman Mobile Hotspot klik turn ON.
Kalau tak suka dengan Network Name dan kata laluan yang default klik edit untuk mengubah dan menetapkan kata laluan yang baru.
Sekarang laptop dah bersedia untuk membuka sambungan wifi kepada peranti yang lain. On wifi smartphone dah search Network Name laptop yang sudah diubah tetapan asal.
Berapa Banyak Peranti Yang Di Bolehkan Untuk Laptop Wifi Hotspot Ini?
Jika menggunakan Windows 10, maksimum hanya 8 peranti sahaja dibenarkan, jumlah dan siapa yang menggunakan wifi hotspot laptop akan terpapar dibawah network name.
Semoga perkongsian cara menjadikan laptop sebagai wifi hotspot ini memberi manfaat bagi mereka yang masih belum mengetahui dan bagi mereka yang sudah tahu, sila tinggalkan komen jika ada info yang tersilap.
Untuk info tambahan lain boleh baca perkongsian di bawah ini:
- Cara Menjadikan PC Sebagai WiFi – WISER.MY
- How To Turn Windows 10 Into A Mobile Hotspot – BARZUL
Ha ha ha... gelak je, tak jadi komen lain ^=^
Mantap laaa kedai tayar dengk
kak pip tak skip sarapan.memang susah nak skip saraoan.