Jangan Ambil Mudah Jika Tidak Mahu Rezeki Suami Menjadi Sempit.
Isi Kandungan
Hukum memberi nafkah kepada keluarga adalah tanggungjawab suami. Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah kepada keluarga? Bukan sekadar makan minum, bukan sekadar tempat tempat tinggal. Suami! 6 Perkara Jangan Ambil Mudah Jika Tidak Mahu Rezeki Menjadi Sempit.
Antara nafkah yang wajib si suami sediakan:
- 1. Tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak
- 2. Bayaran bil elektrik
- 3. Bayaran bil air
- 4. Makan minum isteri dan anak-anak
- 5. Persekolahan anak-anak (yuran pengajian, makan minum di sekolah)
- 6. Pakaian isteri dan anak-anak
- Tapi sayangnya, 6 perkara asas di atas semuanya atas kepala isteri. Isteri terpaksa beli rumah, membayar bil elektrik dan air, persekolahan anak-anak, baju raya semuanya ditanggung oleh isteri. Di manakah tanggungjawab seorang suami?
HARAM hukumnya sekiranya perkara asas itu diletak atas kepala isteri melainkan si isteri REDHA BUKAN DIPAKSA. Tindakan isteri membantu keluarga adalah satu tindakan terpuji dan pengorbanan yang wajib diterima kasih oleh suami.
Malangnya suami jarang berterima kasih. Ada suami yang tergamak membiarkan bil elektrik dipotong, bil air dipotong, kerana sayang nak keluarkan duit. Suami jenis apakah ini?
BANGANG?
BONGOK?
atau bahasa apakah yang sesuai digunakan untuk suami sebegini?
Hukum Islam menyatakan bahawa si isteri mesti menjaga harta suami, menjaga rumahtangga. Isteri tidak berhak membawa balik ke rumah seseorang yang tidak disukai suaminya. Hukum itu terpakai sekiranya rumah itu dibeli oleh suami. Tapi dunia sekarang terbalik, isteri yang membeli rumah.
Sekiranya rumah adalah hak milik isteri, HARAM si suami membawa balik seseorang tanpa kebenaran isteri kerana rumah tersebut adalah hak milik isteri. Si suami perlu meminta izin daripada isteri terlebih dahulu memandangkan hak rumah adalah HAK MILIK ISTERI.
Begitu juga dengan tempat tidur, walau pun hukum mengatakan bahawa si suami berhak tidak membenarkan isteri tidur bersama di atas katil disebabkan isteri nusyuz, katil tersebut mesti dibeli oleh suami. Sekiranya isteri yang membeli katil tersebut, suami tidak berhak menghalang isteri.
Satu hal yang semestinya diperhatikan adalah bahawa kehidupan suami isteri harus merupakan bentuk kehidupan berkeluarga yang penuh dengan kasih sayang dan rahmat (mawwadah wa rahmah).
Rasulullah SAW bersabda:
“SEBAIK-BAIK KALIAN ADALAH YANG PALING BAIK TERHADAP KELUARGANYA, DAN AKULAH ORANG YANG TERBAIK DI ANTARA KALIAN TERHADAP KELUARGAKU.” – [HR Muslim]
Kenapa Rezeki Suami Menjadi Sempit?
- Solat 5 waktu tidak dijaga. Apabila kita lupa Allah, Allah akan lupakan kita. Solat subuh terlepas. Solat zuhur hampir masuk waktu asar, solat asar hampir masuk maghrib. Kalau solat pun, solat seorang diri, susah sangatkah nak panggil anak isteri solat bersama? Besar sangatkah kerja kita sampai urusan solat diketepikan?
- Hubungan suami isteri tidak dijaga. Asyik bergaduh suami isteri. Tiada ketenangan. Suami ego dengan diri dia. Isteri pula ego dengan cara dia antara penyebab, rezeki suami menjadi sempit.
- Al-Quran tidak dibaca. Al-Quran dijadikan mainan. Kalau dibaca sekalipun, sekadar melepas batuk di tangga. Al-Quran diajar di masjid-masjid, bukan kerana dakwah, tapi kerana wang semata-mata.
Ada sebahagian manusia, hanya pandai mengajar di masjid, tapi tidak pandai menguruskan perihal rumahtangga. Kenapa? sebab mereka ini menjual ilmu Allah dengan nilai yang sedikit. Bukan mengajar di samping memperbaiki diri.
- Bakhil dari bersedekah. Sedekah kepada siapakah yang paling utama? Isteri dan anak-anak lah yang paling utama. Tapi sayangnya, ada manusia yang sanggup belanja kawan-kawan terlebih dahulu, atas alasan BISNES. Sanggup keluarkan duit untuk main golf, tapi belanja sekolah anak terabai.
Sebab itu rezeki susah nak masuk dalam erti kata lain rezeki menjadi sempit.
RENUNGAN BERSAMA TERUTAMA UNTUK YANG BERGELAR LELAKI MERANGKAP SUAMI DAN AYAH SBB KITA SEMUA JAHIL AGAMA
- Penulis Asal: Mohamad Akashah
wa'alaikumsalam.. yg download dalam sistem tu pun boleh.. sy haritu bg pdf je..
SALAM NAK TANYA , KALAU SIJIL SSM TU KENA BAWA YANG ORIGINAL OR BOLEH BAWA YG KITA DOWNLOAD SISTEM SSM…
Ha ha ha... gelak je, tak jadi komen lain ^=^