Terbaik!Terima kasih datang melawat dan membaca di Deo's Storyline!Read More
38°C
October 6, 2024
Pelik

Hallerbos Hutan Biru Ajaib Yang Sangat Mempesona

  • December 6, 2021
  • 2 min read
  • 57 Views
Hallerbos Hutan Biru Ajaib Yang Sangat Mempesona
Hallerbos, Hutan Biru, Magical Forest

Dimanakah Hallerbos Hutan Biru Ini?

Hallerbos hutan biru ialah salah satu tarikan semula jadi yang paling indah di Belgium – hutan yang yang sangat mempesonakan seluas lebih 552 hektar yang kebanyakkanya terdiri daripada pokok bic, oak dan maple.

Hallerbos Hutan Biru mendapat nama jolokan daripada fenomena yang berlaku pada musim bunga. Hutan itu akan dilitupi dengan permaidani biru yang luar biasa hasil daripada bunga hyacinths dan bluebells yang mekar serentak.

Magical Forest, Blue Forest, Hutan Biru, Hallerbos

Hallerbos hutan biru ini terletak hanya 9 batu dari bandar Brussels, berhampiran perbandaran Halle, kawasan Flanders di sempadan dengan Wallonia.

Hutan Hallerbos, atau Hutan Biru, bagai permaidani yang luar biasa dengan hyacinth liar, daripada spesies Hyacinthoides, menyajikan pandangan yang benar-benar seperti cerita dongeng. mekar warnanya yang hanya bertahan beberapa minggu, dari pertengahan bulan April sehingga akhir Mei.

Fenomena ini bukan sesuatu pemandangan yang luar biasa di Eropah, hutan serupa Hallerbos juga boleh dilihat di Perancis, Ireland dan Great Britain, tetapi kepadatan dan keindahan bunga di tempat ini pastinya lebih unik.

Setiap tahun beratus-ratus pelancong dan pencinta alam datang menyelami hutan Hallerbos untuk melihat dan menikmati pemandangan bunga biru bermusim yang menakjubkan. Hutan ini penuh dengan laluan yang mencabar, kawasan berkelah kecil yang merata dan boleh diselusuri dengan basikal atau pun menunggang kuda.

Magical Forest, Blue Forest, Hutan Biru, Hallerbos
Magical Forest, Blue Forest, Hutan Biru, Hallerbos

Selain kagum dengan suasana bunga-bunga biru, kawasan hutan ini juga mempunyai hampir 100 jenis burung dan menjadi rumah pada tupai, musang dan juga rusa. Hallerbos adalah kawasan yang dilindungi demi “keajaiban” hutan biru ini terjaga. Pelawat diminta untuk mematuhi peraturan yang mudah, yakni mereka tidak dibenarkan memetik bunga dan dilarang sama sekali untuk keluar dari laluan yang ditetapkan. Supaya tidak dikenakan denda yang berat kerana gagal mematuhi arahan, sebelum pergi ambil tahu dan fahami dulu segala info dan arahan yang terdapat dilaman rasmi Hallerbos.

Website Rasmi : Hallerbos

Diterjemah dari : HALLERBOS, THE ENCHANTED FOREST THAT TURNS BLUE

About Author

DeoDeen

Works as Writer, Video Editor and Graphic Designer at Deo's Storyline. "Setiap insan memiliki storyline yang berbeza."

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge