Resepi Egg Drop Sup merujuk kepada cara memasak sup telur (egg drop soup) yang berasal dari masakan Cina. Ia dinamakan “egg drop” kerana telur mentah dituang perlahan ke dalam sup yang sedang mendidih, lalu dikacau untuk menghasilkan jalur-jalur telur yang halus dan lembut.
Isi Kandungan
Asas Resepi Egg Drop Sup
- Bahan Utama:
- Telur (bahan utama untuk jalur telur).
- Stok ayam (untuk asas kuah).
- Tepung jagung (untuk memekatkan kuah).
- Perasa seperti garam, lada putih, atau minyak bijan.
- Proses Memasak:
- Sup ini dimasak dengan mencampur bahan asas seperti stok ayam dan rempah, kemudian ditambah telur yang dipukul dan dituang perlahan ke dalam kuah mendidih.
Keunikan Egg Drop Sup:
- Rasa Lembut: Sup ini ringan dan mudah dihadam, menjadikannya pilihan yang baik sebagai pembuka selera.
- Ringkas dan Cepat: Tidak memerlukan banyak bahan dan boleh dimasak dalam masa kurang dari 15 minit.
- Variasi: Boleh ditambah bahan lain seperti jagung, ayam, sayuran, atau cendawan untuk menambah selera.
Egg Drop Sup biasanya dihidangkan sebagai menu pembuka di restoran Cina atau boleh dinikmati di rumah sebagai hidangan ringkas dan menyelerakan.
Resepi Egg Drop Sup Cara Khairul Aming
Bahan-Bahan Egg Drop Sup:
- 2 Pek Tofu Telur
- 4 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 1 inci halia (hiris nipis)
- 2 kiub ayam atau sup stok ayam (boleh guna homemade)
- 4 cawan air
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Garam dan lada putih secukup rasa
- Daun bawang atau daun ketumbar (hiris nipis, untuk hiasan)
Cara-Cara Masak Egg Drop Sup:
- Goreng Tofu Telur
- Potong tofu telur kemudian salut dengan tepung jagung supaya masa menggoreng nanti tofu telur tersebut tidak melekat pada kuali.
- Tumis Bawang Putih dan Bawang Merah
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis 3 ulas bawang bawang putih dan bawang merah sedikit. Tumis sekejap je jangan lama-lama.
- Masukkan Air dan Stok Ayam
- Masukkan 4 cawan air dan tambahkan 2 kiub pati ayam ayam. Dan letakkan separuh carrot yang dah dipotong dadu. Biarkan mendidih.
- Masukkan Tepung Jagung
- Bila carrot dan lembut masukkan tepung jagung dan air sedikit untuk pekatkan kuah.
- Masukkan 4 Biji Telur
- Pecahkan 4 biji telur kacau-kacau kemudian masukkan dalam periuk. Tunggu 10 saat baru gaul supaya nampak ada texture telur.
- Masukkan Crab Stick dan Cendawan
- Masukkan crab stick yang dah dicarik-carik dan juga cendawan (terpulang nak guna mashroom jenis apa) dalam egg drop sup.
- Perasakan Sup
- Tambahkan gula, garam dan minyak bijan secukup rasa.
- Masukkan Hirisan Daun Bawang dan Blackpepper
- Tambahkan hirisan daun bawang dan blackpepper bagi naik lagi bau sup
- Masukkan Tofu Telur
- Last sekali masukkan tofu telur yang dah digoreng tadi.
- Siap dan Hidang
- Tutup api, taburkan daun bawang atau daun ketumbar di atas sup.
- Hidangkan panas-panas bersama nasi atau sebagai pembuka selera.
Selamat mencuba! ✨
wa'alaikumsalam.. yg download dalam sistem tu pun boleh.. sy haritu bg pdf je..
SALAM NAK TANYA , KALAU SIJIL SSM TU KENA BAWA YANG ORIGINAL OR BOLEH BAWA YG KITA DOWNLOAD SISTEM SSM…
Ha ha ha... gelak je, tak jadi komen lain ^=^