Semoga Kau Yang Mati Dulu

Share

Semoga Kau Yang Mati Dulu. Aku harap kau yang mati dulu sebelum aku. Seingat aku lebih kurang begitulah bunyi skrip filem. Filem RABUN kalau tak silap. Lakonan Kartina Aziz dan Allahyarham M.Rajoli. Kalau silap maaf ya. Mungkin aku tonton filem atau drama lain. Tak ingat.

Nanti korang carilah versi pajang filem Rabun tu, arahan Yasmin Ahmad.

Kalau aku, aku pun berharap pasangan aku yang akan mati dahulu. Sebab hendak menanggung rindu atas kehilangan insan yang kita sayang bukannya perkara mudah. Tak sanggup memikirkan andai aku pergi dahulu, bagaimana dia nanti? Siapa yang akan menguruskan dia nanti? Mampukah orang selepas aku menjaganya dengan baik?

👨‍🦳 “Awak, saya berharap awak yang mati dahulu.”

👩‍🦳 “Eh, kenapa awak nak saya mati dahulu? nak kawin lain ke?????” dush satu tumbukkan padu diperut.

👨‍🦳 “Adoi ke situ pula, awak la satu-satunya orang yang saya sayang.”

👩‍🦳 “Kalau sayang kenapa nak saya mati dahulu? oh yela bila saya dah mati senang la awak nak kawin lain kan? sudah tiada penghalang, ke saya ni membebankan awak?”

👨‍🦳 “Awak, kalau saya mati dahulu awak rindukan saya tak?”

👩‍🦳 “Tak!”

👨‍🦳 “Saya tahu awak akan merindui saya.”

👩‍🦳 “How can you be so sure about that? selepas awak.. awak tiada, maybe saya kawin lain.”

👨‍🦳 “Nak cakap saya dah mati pun awak gagap, tuh air mata dah bertakung tu apa maknanya?”

👩‍🦳 “Sukati ah air mata saya.”

👨‍🦳 “Awak suatu hari nanti salah seorang daripada kita akan pergi dahulu. Melainkan kita ditakdirkan untuk mati bersama. Rindu cuma pada mereka yang setia. Melihat wajah awak, mendengar suara awak, rindu itu terubat. Suatu hari nanti awak sudah tiada, wajah awak.. suara awak.. tiada lagi nyata. Rindu seperti itu yang paling perit dan sengsara. Saya nak awak mati dahulu sebab saya tidak mahu awak sengsara seperti itu. Perit merindui seseorang.”

👩‍🦳 “Saya tidak akan merindui awak pun..”

👨‍🦳 “Kalau begitu, awak tak perlulah menangis. Jangan tipu saya dengan air mata tu.”

👩‍🦳 “…… hidup dan mati di tangan Allah, siapa mati dahulu hanya Allah sahaja yang tahu. Merindui pada seseorang yang tidak pernah merindui kita sudah memeritkan apatah lagi merindui orang yang sudah tiada. Andai saya mati dahulu.. awak carilah cinta lain, jangan paksa diri untuk terus merana. Nanti saya mati tak tenteram.”

👨‍🦳 “Adeh, awak pandai pusing plot cerita kan?”

👩‍🦳 “..bila start ceritanya?”

👨‍🦳 “Hahahaha…”

👩‍🦳 “HahahahahahahahahahahhHHHhhHHAhHaha!”

Semoga Kau Yang Mati Dulu