Tebus e-Tunai RM 100 eMADANI Mulai 4 Disember 2023

Share
Tebus Kredit RM 100 eMADANI Mulai 4 Disember 2023

Apakah Inisiatif eMADANI?

Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.

Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Siapakah Yang Mendapat Manfaat Tawaran e-Kredit eMADANI?

Tebus e-Tunai RM 100 eMADANI Mulai 4 Disember 2023

Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia*, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.

Tebus e-Tunai RM100 eMADANI Mulai 4 Disember 2023

Orang ramai yang layak boleh mula menebus kredit e-tunai eMADANI sebanyak RM100 bermula 8 pagi hari ini hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Syarat-Syarat Kelayakkan:

  • Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut: 
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023. 

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Ingin dimaklumkan bahawa, penerima eBeliaRahmah adalah tidak layak untuk menyertai program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Cara Memohon e-Tunai RM100 eMADANI

Kementerian Kewangan (MOF) dalam hantaran di laman Facebook menyebut orang ramai boleh menyemak kelayakan di portal rasmi: eMADANI | Portal Manfaat.

Menurut MOF, orang ramai boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan atau kod QR DuitNow.

Kredit e-tunai yang dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia boleh digunakan untuk pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Di bawah ini antara apps penyedia perkhidmatan e-dompet:

Tebus e-Tunai RM 100 eMADANI MAE Mulai 4 Disember 2023
Tebus e-Tunai RM 100 eMADANI ShopeePay Mulai 4 Disember 2023

Tempoh pendaftaran serta tuntutan eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023  hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024, manakala kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.

Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eMADANI tersebut?

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan ‘peer-to-peer’;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Bagaimana maklumat peribadi saya diperolehi dan adakah maklumat tersebut dilindungi?

Data berkenaan kewarganegaraan, umur, penerima STR serta pendapatan atau data-data lain yang berkaitan akan diperolehi dan disahkan melalui jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan LHDNM. Data peribadi tersebut tidak akan dikongsikan dengan penyedia perkhidmatan e-dompet.

Sebarang masalah privasi data yang berkaitan dengan e-dompet tertakluk kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

  1. MAE: 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my
  2. Setel: Emel ke hello@setel.com atau klik di sini
  3. ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
  4. Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini