Bapa Budak 12 Tahun Tular Memandu Viva Di Dakwa Hari Ini

SEPANG: Bapa budak 12 tahun yang memandu kereta dengan membawa dua adik di kawasan perumahan sehingga video mengenainya tular di media sosial, akan didakwa di Mahkamah Sepang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata bapa berusia 53 tahun itu akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Anaknya berusia 12 tahun pula akan dituduh mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987,” katanya dalam kenyataan semalam.

Media sebelum ini melaporkan polis mengambil keterangan bapa kepada kanak-kanak lelaki yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong.

Wan Kamarul dilaporkan berkata, lelaki itu hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk memberi keterangan pada 11.30 malam, 29 Julai lalu.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja lelaki dan turut dinaiki dua kanak-kanak.

@malaysiagazette

Polis telah merakam keterangan bapa kepada kanak-kanak bawah umur yang memandu kereta di Taman Putra Impian, Puchong baru-baru ini. Siasatan awal mendapati, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun telah memandu kereta jenis Perodua Viva bersama dua adiknya berumur empat dan enam tahun untuk bersiar-siar di taman perumahan sekitar jam 8 malam pada 28 Julai lalu. Video: Sosial Media malaysiagazette pdrm budakpandukereta

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Menerusi rakaman itu, kereta terbabit dipandu agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan. Sumber Berita Harian