Macamana tahunya wujud kota purba Derinkuyu ini?
Derinkuyu ialah sebuah kota bawah tanah purba yang luar biasa terletak di Turki, berhampiran wilayah Nevsehir di Cappadocia. Penemuan arkeologi yang luar biasa ini telah ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1963 oleh seorang penduduk tempatan semasa mengubah suai rumahnya sendiri.
Semasa proses pengubahsuaian, dia mendapati dirinya berada di hadapan laluan misteri: labirin gua dan terowong yang rumit yang membahagikan kepada beberapa peringkat yang berliku-liku lebih 85 meter dalam perut bumi.
Pemilik rumah ini menemui Derinkuyu yakni metropolis sebenar, yang binaannya digali dengan menggunakan tangan bermula pada abad ketujuh sebelum masihi.
Kenapa Kota Derinkuyu ini dibina?
Kota ini dibina untuk melindungi penduduknya daripada peperangan dan penganiayaan agama, Kota Derinkuyu mampu melindungi 20,000 orang. Ia dilengkapi dengan pintu batu besar untuk menghalang penceroboh masuk.
Memiliki sistem pengudaraan yang baik dan bijak, serta telaga untuk memastikan air minuman cukup untuk semua rakyat.
Kota Derinkuyu dibina dengan banyak ruangan yang mana ianya digunakan sebagai dapur, bilik tidur dan gudang untuk menyimpan makanan. Kota purba ini juga memastikan terdapat autonomi sepenuhnya dari dunia luar dengan mempunyai sekolah, gereja dan bilik bawah tanah untuk penyediaan wain dan minyak.
Selain mempunyai bilangan ternakan yang mencukupi.
Derinkuyu pernah dihubungkan dengan kota bawah tanah lain melalui terowong sepanjang satu batu dan merupakan salah satu daripada banyak penempatan bawah tanah yang terdapat di kawasan ini.
Masih tidak diketahui tamadun mana yang betul-betul membina bandar itu. Kira-kira 20 aras bawah tanah telah diterokai sehingga kini, hanya lapan yang boleh dikunjungi.
Pada masa ini Derinkuyu dan bersama-sama dengan kota bawah tanah Kaymakl, sudah pasti merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancong yang paling kerap dikunjungi di Cappadocia.
Ianya adalah karya yang luar biasa dan misteri yang terus menarik minat ahli arkeologi dan sarjana dari seluruh dunia.
Artikel ini terjemahan dari:
- Derinkuyu, The Extraordinary Underground City Of Turkey – MyBestPlace
- Derinkuyu Underground City – Wikipedia
- Turkey’s Underground City Of 20,000 People – BBC
wa'alaikumsalam.. yg download dalam sistem tu pun boleh.. sy haritu bg pdf je..
SALAM NAK TANYA , KALAU SIJIL SSM TU KENA BAWA YANG ORIGINAL OR BOLEH BAWA YG KITA DOWNLOAD SISTEM SSM…
Ha ha ha... gelak je, tak jadi komen lain ^=^