Kedai Tayar Dengkil Murah ke Mahal?

Share

Korang mesti tercari-cari kat mana kedai tayar paling murah boleh dapat. Kalau di Gombak tahu la kat mana nak cari. Bila dah berpindah ke Putrajaya ni aku masih tercari-cari kat mana boleh dapatkan harga tayar yang murah dan servis berbaloi. Paling dekat dengan Putrajaya ni Dengkil la. Kedai tayar Dengkil murah ke mahal?

Kedai Tayar Dengkil Murah

Misi Mencari Kedai Tayar Murah Untuk Viva

Lama juga misi aku mencari tayar baru untuk si viva ni. Dah dua kedai aku pergi, diorang kata tayar yang guna rim jenis ni tayar jenis special. Diorang takde tayar jenis ni. Tayar saiz 165/50R15 untuk rim ni rare katanya. Ah jenuh, mana pulak nak cari.

Harap harga jangan dapat harga rare la. Dah puas pusing, aku decide pergi pergi Dengkil jela. Rasanya harga tayar tak jauh beza pun dengan kedai tayar tempat lain. Lagipun dekat dengan Putrajaya.

Kedai Tayar Dengkil Murah ke Mahal Untuk Saiz 165/50R15?

Untuk pengetahuan korang, tayar viva ni guna 2 saiz. Depan 165/50R15 belakang saiz 175/50R15. Aku tanyalah wife kenapa belakang pakai tayar lagi lebar? Dia kata, tokey tu cakap stok tayar 165/50R15 takde, eh boleh pulak proceed tukar masa tu..hahaha

Sekarang dah sampai masa untuk tukar terus tukar tayar saiz 165/50R15.

Kedai Tayar Dengkil Murah
Kedai Tayar Dengkil Murah
Kedai Tayar Dengkil Murah ke Mahal?

Kat bawah ni korang boleh tengok lah berapa harga sebiji tayar termasuk perkara-perkara lain yang perlu korang tahu apabila nak tukar tayar. Kalau tukar tayar sahaja itu lah harganya. Tapi bila ada kerosakan lain yang perlu ditukar itulah harganya.

Korang boleh lah buat perbandingan atau survey harga di kedai-kedai lain berdasarkan harga yang dah aku paparkan ni. Ini adalah harga pada tahun ini 23 September 2023 kedai tayar di Dengkil.

BilItemQtyHargaTotal Amount
1.165/50/R15 Viking CT6 Tyre2 PCSRM 185.00RM 370.00
2.Steel Valve2 PCSRM 15.00RM 30.00
3.3D Wheel Alignment & Balancing1 CARRM 70.00RM 50.00
4.P2/Viva Front RH Lower Arm1 PCSRM 195.00RM 195.00
5.P2/Viva Front LH Lower Arm1 PCSRM 195.00RM 195.00
6.P2/Viva Front Steering Tie Rod2 UNITSRM 135.00RM 270.00
7.Labour Charge (Remove/Install)2 JOBSRM 70.00RM 140.00
8.Camber Setting2 UNITSRM 45.00RM 90.00
TOTALRM 1,330.00
BAWAH NI BARANG YANG NAK KENA TUKAR
1.Rear Absorber MTG2 PCSRM 95.00RM 190.00
2.Front Absorber2 PCSRM 220.00RM 440.00
Kedai Tayar Dengkil Murah Ke Mahal 14

Pendapat Aku – Kedai Tayar Dengkil Murah ke Mahal

Pada aku aku dah survey banyak tempat, perbezaannya tak banyak. Kalau ada murah di tempat lain jarak nak pergi ke sana tu pun dah kos minyak. Apa yang penting aku berpuas hati dengan servis yang kedai tayar ni tawarkan. Tang peramah tu tak yah cerita la..hahaha. Hampir teracun untuk tukar rim sekali. Nasib baik jiwa kental.

Kedai Tayar Dengkil Murah ke Mahal?

YH Tyres & Car Service – Continental Dengkil

  • No 35, 36 & 37, Jalan Cyber Valley 1b/1, 43800 Dengkil, Selangor
  • Google Map

Harap harga-harga di atas boleh menjadi rujukkan atau garis panduan bagi korang yang tertanya-tanya berapa harga sebiji tayar, servis dan alat ganti. Harganya mungkin berlainan di tempat lain. Pandai-pandailah korang membuat kira-kira dan keputusan.