Boleh ke Mencabut Gigi Pada Bulan Puasa?
Sepanjang bulan puasa yakni bulan ramadan, ramai umat muslim yang bertanya-tanya apakah boleh mendapatkan rawatan mencabut gigi pada bulan puasa? Batal kah puasa jika kita mencabut gigi pada bulan puasa?
Mencabut gigi merupakan prosedur perubatan yang umum dilakukan untuk mengatasi masalah gigi yang serius. Namun, dalam konteks ibadah puasa, apakah boleh untuk melakukan rawatan mencabut gigi ini? Teruskan membaca.
Isi Kandungan
Pendapat Para Ahli Ulama Mengenai Mencabut Gigi Pada Bulan Puasa
Menurut fatwa, mencabut gigi adalah tidak membatalkan puasa sepanjang seseorang itu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Memasukkan benda ke dalam rongga mulut, seperti jarum suntik ketika mencabut gigi, tidaklah membatalkan puasa.
Mencabut gigi tidak dianggap sebagai hal yang melanggar aturan ibadah puasa bagi umat Muslim dan puasanya sah!
Mencabut gigi tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Mengenai hal ini, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah menjelaskan bahawa mencabut gigi pada siang Ramadhan bagi orang yang berpuasa adalah diharuskan dan perkara itu tidak membatalkan puasanya.
Akan tetapi dengan syarat tidak ada sesuatu pun yang masuk ke dalam jauf. Adapun keluarnya darah disebabkan cabutan gigi tidak menjejaskan puasa, sebaliknya orang yang berpuasa itu hendaklah — berusaha semampu mungkin — mengelakkan daripada menelan darah itu.
DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Alasan Mengapa Cabut Gigi Tidak Membatalkan Puasa
Alasan utama mengapa rawatan mencabut gigi tidak membatalkan puasa adalah kerana benda yang dimasukkan ke dalam rongga mulut, seperti jarum suntikan, tidak melebihi batas yang ditentukan dalam islam.
Selama rawatan mencabut gigi dilakukan dengan tujuan perubatan dan tidak disertai dengan masuknya benda atau cairan ke dalam tubuh secara langsung, maka ianya tidak akan membatalkan puasa.
Langkah-langkah untuk Mencabut Gigi Pada Bulan Puasa
Meskipun mencabut gigi tidak membatalkan puasa, akan tetapi ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan agar kita tetap dapat menjaga kesihatan dan keberlangsungan ibadah puasa.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diikuti ketika melakukan rawatan mencabut gigi pada bulan puasa:
- Khidmat konsultansi dengan doktor gigi: Sebelum mencabut gigi, sangat penting untuk mendapatkan khidmat konsultansi dengan doktor gigi terlebih dahulu. Doktor gigi akan memberikan penilaian yang tepat tentang keadaan gigi dan memberikan saranan yang sesuai dengan situasi anda.
- Pilih waktu yang tepat: Usahakan untuk mendapatkan rawatan mencabut gigi pada waktu yang tidak akan mengganggu ibadah puasa. Contohnya, sebolehnya cubalah memilih waktu rawatan mencabut gigi selepas berbuka puasa atau sebelum sahur, agar memiliki waktu yang cukup untuk berehat dan proses pemulihan.
- Rawatan selepas mencabut gigi: Selepas mencabut gigi, pastikan anda mengikuti saranan dokter gigi tentang rawatan selepas operasi. Ini termasuk penggunaan ubat kebas, istirahat yang cukup, dan makan makanan yang lembut agar tidak menyebabkan iritasi pada area gigi yang baru dicabut.
Perhatian Khusus untuk Bulan Puasa
Beberapa perkara yang perlu diperhatikan selama proses pemulihan setelah mencabut gigi. Sebagai contoh, jika terjadi pendarahan setelah mencabut gigi, anda harus menghentikan pendarahan tersebut agar tidak mengganggu ibadah puasa.
Namun, jika pendarahan tersebut tidak berhenti, segera dapatkan konsultansi dengan doktor gigi atau staff perubatan yang terdekat.
Rawatan Gigi Selama Bulan Puasa
Menjaga kesihatan gigi dan mulut secara umum sangat penting sepanjang menjalani ibadah di bulan puasa. Terutama karena pola pemakanan yang berubah semasa bulan Ramadan.
Berikut adalah beberapa tips untuk menjaga kesihatan gigi pada bulan puasa:
- Gosok gigi secara teratur: Tetap menjaga kebiasaan memberus gigi minima dua kali sehari, yaitu setelah sahur dan sebelum tidur. Gunakan ubat gigi yang mengandung fluoride untuk membersihkan gigi secara efektif dan melindungi gigi dari kerosakan.
- Gunakan siwak: Selain menggunakan berus gigi, anda juga boleh menggunakan siwak, yakni alat tradisional untuk membersihkan gigi dan gusi. Siwak memiliki banyak manfaat, seperti membantu menghilangkan plak, menyegarkan nafas, dan meningkatkan kesihatan gigi dan gusi.
- Hindari makanan dan minuman yang merosak gigi: Sepanjang bulan puasa, pastikan untuk tidak mengambil makanan dan minuman yang tinggi gula,atau berasid. Makanan seperti gula-gula, minuman berkabonat, dan kopi boleh menyebabkan kerosakan pada gigi jika di ambil secara berlebihan.
- Minum air yang cukup: Pastikan untuk kekal terhidrasi dengan baik, terutamanya setelah berbuka puasa. Air membantu menjaga kelembapan dalam mulut dan mengurangkan risiko terjadinya masalah gigi, seperti pembentukan plak dan gigi/mulut berbau.
Dalam kesimpulannya, mencabut gigi di siang hari bagi orang yang berpuasa adalah diharuskan dan puasanya masih dikira sah. Akan tetapi dengan syaratnya, anda hendaklah berusaha semampu mungkin mengelakkan daripada menelan darah atau apa-apa cecair yang keluar semasa proses mencabut gigi.
Seterusnya, disarankan agar anda hendaklah membersihkan mulut dengan berkumur-kumur, agar tidak ada tidak ada sesuatu pun daripada darah mahupun ubat-ubat yang digunakan ketika proses mencabut gigi, yang masuk ke dalam jaufnya.
Selain daripada itu, saranan terakhir, jika tiada keperluan mendesak untuk mencabut gigi dengan segera, maka menangguhkan terlebih dahulu urusan tersebut sehingga malam hari atau selepas bulan Ramadhan adalah lebih baik.
Sumber:
- #975 Mencabut Gigi Siang Ramadhan – zulkiflialbakri.com
- Hukum Buat Rawatan Gigi Ketika Bulan Puasa – ML Studio
Ha ha ha... gelak je, tak jadi komen lain ^=^
Mantap laaa kedai tayar dengk
kak pip tak skip sarapan.memang susah nak skip saraoan.